13.10.11

[cerpen] karma sepatu racing #bahagian 1

“aku mengidam lah Zack” rintih Shamsul pada Zakri, temannya yang paling rapat. Juga punya hobi yang sama iaitu ‘SUPERBIKE’.

“alamak..kau mengandung dah berapa bulan Sham? Tengah syok belek barang motor ni kau boleh mengadu kau mengidam pulak” balas Zack seloroh.

“ahh kau ni..kau tau aku tengah gilakan kasut racing tu kan..kau nampak tak? Tapi harganya buat aku fikir 10 kali nak beli..kalau aku beli jugak, tak berasap la motor aku tu gamaknya. Pakai kasut racing tapi naik LRT la aku” Sham membalas disambut dengan hilai tawa mereka berdua mengejutkan pelanggan-pelanggan lain.




Memang sejak Sham membeli motor Superbike jenis Honda CBR 1000RR Rabbit, dia memang mengidam membeli racing suit dan kasut racing.Baru setaraf dengan kawan-kawannya yang lain kalau berkonvoi. Kalau di kira dari pendapatan Sham yang bekerja sebagai kontraktor elektrik sambilan, hanyalah cukup-cukup makan. Mampu isi minyak hingga cukup bulan dan berkonvoi sebulan sekali pada hujung bulan.

Itulah rutin hidup Sham yang mahu bergaya dalam norma kehidupan sederhana. Tidak miskin dan tidak kaya. Motor yang masih berada di dalam kategori mahal ketika ini dibeli oleh Sham selepas mendapat ‘projek terpijak’ dari Pak Su nya yang juga seorang kontraktor. Dan kini Sham masih menunggu jika ada lagi projek terpijak untuk membeli kasut racing idamannya itu.

+++++++++++++++++++++++++++++++

“Abang Zack..mana kawan Abang Zack yang haritu? Apa nama dia? Abang Sham ek? Dia tu cute lah..ajak la dia lepak sekali dengan kita” Rita menggeletis menggesel-gesel tubuh gebunya pada Zack.

“ala Rita..si Sham tu bukan boleh lepak dengan kita tengah-tengah bulan macam ni. Nanti hujung bulan boleh lah jumpa dia..dah la Rita minum la lagi. Abang belanja” Zack berlagak macho sambil menonggang botol kedua Vodka Lemon tanpa ais di meja tengah berhampiran podium di Aloha Jalan P.Ramlee.

Hidup Zack dan Sham memang jauh berbeza. Berkali-kali Sham di ajak untuk melepak di kelab-kelab malam setiap hujung minggu tapi Sham memang akan mengelak. Bukan itu cara hidupnya. Tidak kiralah tengah bulan atau hujung bulan, Sham hanya akan join aktiviti Zack jika pergi berkonvoi sahaja.

Walaupun Zack menjadi idola Sham dalam bidang permotoran, tetapi hidup Zack yang hyper social itu tak mungkin sekali akan di tiru. Sham kenal batas agama. Namun begitu persahabatan mereka tak pernah renggang. Tetap utuh.

bersambung...

No comments:

Post a Comment