18.10.11

ibu, kau kelar aku?





sumber gambar : harian metro

+++++++


Kau kelar aku? Ok kelar adalah sopan. Kau sembelih aku? Anak kau sendiri? Kau ingat kau dapat tutup kesalahan kau dengan membunuh aku? Apa yang kau dapat? Kau tenang sekarang? 


Jangan kau salahkan teman lelaki kau yang berjanji akan bertanggungjawab selepas 'tertabur' sperma dalam rahim kau. Kau pun turut sama bersalah. Kamu berdua punca aku lahir ke dunia. Ya, aku sempat lahir ke dunia. Sekejap. Sebelum kau bunuh aku dengan sangat kejam. 


Kau ni manusiakah? Mana pergi sifat kasih sayang kau dahulu? Ketika kau berkasih mesra dengan teman lelaki kau sebelum berasmara dan terciptanya aku? Kau lebih keji daripada binatang. Sanggup membunuh aku. Aku yang diam didalam perut kau selama sembilan bulan. Baru mahu lihat dunia sudah di sembelih. Apa dosa aku?


Aku harap kau tenang-tenang selalu. Sebagai anak yang soleh, aku tidak akan mendoakan kecelakaan untuk ibu aku sendiri. Aku harap kau tidak akan mencipta lagi satu dosa besar membunuh diri kerana tidak tahan dengan tekanan yang akan kau lalui selepas ini. Itu pasti. 


Aku harap kau jumpa jalan yang benar. Bertaubatlah. Aku tunggu kau di syurga.




* suara dari kubur

No comments:

Post a Comment