There was an error in this gadget

29.12.10

Gadis Misteri



gua tujukan lagu ini khas untuk abang ben badan ketak2..gua memang minat gler lagu ni..

cube layan video ni tengok macam mane diorang goreng dapat dari tiub kamu (baca : youtube)..mengancam kalbu sungguh..

untuk pengetahuan, gua takde terlibat langsung dalam pembikinan video ni..belakang tabir mahupun di tepi tabir..repeat, TAK TERLIBAT. so kalau gua menyinggung perasaan sesapa tatkala (gila gojes gua guna perkataan "tatkala") mengupload video ni, sila drop komen kat sini.gua akan segera delete..

gua cuma minat dengan band ni..main macam professional.
info dari kawan gua, band ni dari johor. tak tau pulak daerah mane. 

sesapa nak test suara tapi tak hafal lirik boleh ke sini. tq bro ben..

adioss~~

28.12.10

Kanzen-Tetsu Sdn Bhd Mencari Pekerja


Baru kejap tadi staff dari company ni call gua..die cakap gua ade apply untuk jawatan chargeman kat company die..gua pon tak ingat bila kala gua apply..pastu die tanye sama ada gua berminat atau tak..gua cakap gua dah dapat keje baru..


so, die suruh gua cari kawan2 yang ade kelayakan untuk jawatan2 berikut yang berminat untuk bekerja dengan diorang untuk mengontek diorang..detail seperti berikut :


Kompeni : Kanzen-Tetsu Sdn Bhd (sila klik sini untuk ke laman rasmi beliau)
Lokasi : Section 23, Shah Alam
Jawatan : 1- Chargeman - kalau ade sijil chargeman, boleh demand gaji lebih sikit.
               2- Wireman
               3- Electrical Assistant
Gaji : Die offer gua RM2500..(gua takde sijil chargeman)
Contact Person : Miss Ong 03-5548 6322


sesapa yang berminat boleh terus contact Miss Ong sebab diorang memang nak pakai orang..


ok keje gua dah setel..

:: bersenam tanpa kerelaan hati ~~

gua bukan tak biasa jalan kaki..cuma bila kene jalan kaki 2km dengan baju keje, rasa ralat la jugak..hari ini dalam sejarah.pusing KL jalan kaki sorang2.sume ini incik monorel punye pasal.



gua sampai stesen hang tuah sebelom pukul 8 lagi..tapi orang dah ramai giler.sesak tak henngaaattt...paliiinggg jimaaaattttt!!! errr sori silap topik..
orang dah ramai gile..gua suspek ni kalau tak monorel tayar pancit, mesti pilot tren mogok lapar separuh bogel kt KL Sentral..

setia menunggu lagi..

"perhatian kepada semua penumpang di platform 1, tren mengalami kelewatan selama 20 minit.harap maaf.."

gua agak dah..something wrong somewhere..gua amik keputusan untuk tunggu lagi beberapa minit.selang beberapa ketika bunyi lagi pengumuman yang sama..tetap 20 minit.gua naik minyak..ehh silap lagi..gua naik hairan.jam diorang ni tak gerak ke?
pengumuman tadi lewat 20 minit.yg ni pon lewat 20 minit lg..

gua relaks lg..jam baru pukul 8.10pg..chill bro..

selang beberapa minit pastu lalu sebijik tren yang kosong tanpa ade rasa bersalah tak berhenti langsung untuk amik penumpang..ehh nak kene tahan ke?prepaid ni bukan teksi..disusuli pulak dengan pengumuman yang sama..still lewat 20 minit..
haremm sungguh..gua kene kencing..tanpa mempedulikan orang lain gua amik keputusan untuk pergi bersenam..

8.20am gua turun dr stesen hang tuah.hangin jugak la sebab kene bayar RM1.20 untuk menunggu sahaja..

memulakan langkah pertama dengan bismillah gua berjalan menyusuri jalan hang tuah menuju ke imbi..gua tengok ramai dah kat bawah ni amik keputusan sama ngan gua..ok la tu takde la nampak pelik sangat kan..muka hensem pakai smart2 tapi jalan kaki..dreber MC ke bang?

peta perjalanan gua pagi ni..

nampak peta kat atas nih? tak nampak sila klik kat gambar tu untuk membagakkannye..ini peta yang menunjukkan perjalanan kaki gua pagi ni..2km je tak la jauh sangat..

akhirnye gua sampai gak kt opis dengan selamat dan berpeluh2 pada pukul 8.50am..memang sah2 la lambat..nasib baik gua dah bitau siap2 kt bebudak opis..

inilah kehidupan di kotaraya ni kawan2..1 buat tahi, semua berbau tahi.. gua malas dah nak marah2 macam sebelom ni.marah camne pon, gua yang kene jalan kaki.bukan dreber tren tu..ada lebih baik baik gua senyum..bila semua orang senyum dunia tiada penyakit..haha..

anyway thanks kepada pihak pengurusan monorel kerana telah membuatkan gua mengalami sedikit penurunan berat badan hari ni kerana berjalan sejauh 2kn tanpa rela..pernah dengar iklan "pecah rekod tanpa pecah sendi"? 

hari ni gua pecah rekod sambil pecah sendi dan lemak..terima kasih tummytrim!!


adios~~




27.12.10

ramahnye nurse kat sini : saya bagi kaki nak?





18 disember 2010
due date 26 disember..hari ni check-up..hope yang last la sebelum deliver..


" seronok tengok..ramai patient yang datang hari ni tengah menuggu hari je..rata2 dah masuk 38 minggu..sekarang ni kalau baby u nak keluar pon ok dah sebenarnya.dah cukup bulan.position baby ok.blood pressure u pon ok.gerak baby pon ok..dah masuk laluan die dah pon..so i bagi next date untuk datang checkup on 27.12 ni ek..ni pon dah overdue 1 hari sebenarnye.."


kami keluar bilik doktor dengan hati berbunga2..tak sabar + berdebar2..


26 disember 2010
pagi ni kami ke hospital putrajaya.just untuk dapatkan nasihat lanjut daripada yang berkenaan.taknak dituduh pandai2 buat keputusan kalau terjadi sesuatu sok2..


" encik kene check dengan labour room ni encik..kat atas sane..jalan terus, pastu keluar ikut pintu kaca kat depan tu..pastu ke kanan..jalan sikit naik tangga pastu belah kiri tu labour room.."


ok..jauh jugak tu..gua amik keputusan biar gua sorang yang gi tanye..encik isteri sila tunggu sini ye..jauh tu tak larat awak jalan nanti..



nurse2 kat sini memang ramah2..macam shilake..gua dah cakap wife gua tak larat jalan sebab labour room ni dekat nak mampos..so gua je la yang datang..wife gua ade kat main lobby sane..

"hihi..kelakar plak..selalu yang mengandung yang datang..ni husband plak yang datang tanye.."

agak2 kalau gua jawab persoalan ni dengan sebijik penerajang ok tak?

3 kali dah gua bagitau, diorang nak gelak2 plak kat gua..kalau tak kerana makcik kat belakang gua yang tengah menunggu kelahiran cucu die, dah lama nurse2 kat sini makan kasut gua nih..


"ermm saya bagi 10 hari la encik..dalam masa 10 hari ni kalau sakit ke,keluar tande2 ke encik datang la hospital..kalau takde, 4hb datang..nanti kite induce..tapi kalau nak ikutkan, rumah area puchong kene gi hospital serdang..so kalau in case kat sini takde katil, encik orang pertama kami tolak ke kajang..bukan ke serdang.."


gua tak kisah kalau lu orang nak tegakkan yang area puchong tu hospital die ialah hospital serdang..itu lu orang punye kerja nak bagi2 kawasan jajahan tu kan..masalahnye jangan argue pasal hospital paling dekat dengan gua..sebab hospital paling dekat dari rumah gua ialah hospital putrajaya..gua tau la rumah gua!!

lantak lu orang la..kang kalau wife gua nak bersalin, gua bawak je terus gi spital serdang..takde la lu orang tolak2 kami..lu orang ingat kami ni ape nak tolak2?

anyway thanks a lot to beberapa orang kakitangan hospital putrajaya sebab melayan gua dengan begitu gampang skali..kerana lu orang gua jadi hangin satu badan semalam..


p/s : kerana nila setitik, tak jejaskan hidup gua la..

adios~~










24.12.10

5 years after TSUNAMI : lu orang dah cukup amalan?

tanggal 26 disember 2004 merupakan sejarah hitam bagi penduduk dunia terutamanya di Indonesia dan beberapa negara jiran yang terkena tempiasnya..kepulauan acheh merupakan tempat yang paling teruk terjejas akibat gelombang tsunami ni..


kenapa Allah turunkan gelombang tsunami yang meragut beribu2 nyawa ni?




tak sape tau..mungkin Allah nak menguji hamba yang beriman kepadanya..mungkin jugak Allah nak membalas secara "tunai" kepada hambanya yang ingkar suruhannya..mungkinkah? tak sape tau..




ngeri.

memandangkan esok krismas, gua ingin mengingatkan lu orang termasuk diri gua sendiri janganlah nak seronok2 sangat sampai lupa diri dan agama sebab nak celebrate krismas.tau la 1 malaysia..tapi orang kafir mabuk takkan lu orang nak mabuk jugak..tolong ingat balik ape yang pernah berlaku..isshh meremang bulu roma gua beb kalau nak ingat balik malam gegaran tu..kelam kabut satu kampung gua..

lu orang masih tak ingat..haa meh sini tengok gambar yang gua selitkan ni.semoga lu orang ambik iktibar..

sehari selepas tsunami

5 tahun selepas itu..tempat yang sama..



sehari selepas tsunami

5 tahun selepas itu..tempat yang sama..




sehari selepas tsunami

5 tahun selepas itu..tempat yang sama..




sehari selepas tsunami

5 tahun selepas itu..tempat yang sama..



sehari selepas tsunami

5 tahun selepas itu..tempat yang sama..



sehari selepas tsunami

5 tahun selepas itu..


amacam der..cukup sedar dah? kalau tak sedar gak tak tau la..semoga lu orang dapat ambik iktibar la daripada entri gua arini..tak banyak, sikit pon jadila..dapat gak pahala kt gua..

renung-renungkan..dan selamat beramal..











13.12.10

kenali manusia melalui jenis kentut mereka

gambar ihsan en.google al-attas

kajian ni telah dilakukan oleh gua sendiri selama 16 tahun bertapa di dalam gua..gua mane? gua musang..haha x lawak langsung..

ok straight to centrepoint..kat sini gua senaraikan jenis2 kentut..lu orang tengok la sendiri..yang pasti lu orang adalah terdiri daripada salah satu golongan ini..



1.ORG YG TIDAK JUJUR
orang yg kalau kentut lalu menyalahkan org lain.

2.ORG BENGONG
orang yg menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3.ORG BERWAWASAN 2020
orang yg tahu mase yg terbaik untuk kentut.

4.ORG SENGSARA
orang yg ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

5.ORG MISTERIUS
orang yg kalau kentut, orang lain tidak ada yg tahu.

6.ORG GUGUP
orang yg tiba-tiba terkentut bile disergah.

7.ORG YANG PERCAYE DIRI SENDIRI
org yg melepaskan kentutnye dengan bunyi yg amat lantang.

8.ORG SADIS
org yg kentut dalam selimut dan terus dikibaskan baunya.

9.ORG PEMALU
org yg kentut tidak berbunyi tetapi gusar org lain terbau kentutnya.

10.ORG STRATEGIK
org yg menyembunyikan bunyi kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak agar org lain tidak dpt mendengar bunyi kentutnya.

11.ORG BODOH
org yg kalau abis kentutnya menghirup untuk mencium angin kentutnya.

12.ORG PELIK
org yg boleh mengeluarkan kentut apabila disuruh.

13.ORG SOMBONG
org yg sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.

14.ORG RAMAH
org yang tidak kisah mencium kentut org lain.

15.ORG YG TIDAK SENANG BERGAUL
org yg suke kentut biler berkumpul dgn teman2.

16.ORG AKUATIK
org yg gemar kentut didalam air.

17.ORG ATLETIK
org kentut sambil mengeluarkan tenaga dalaman.

18.ORG JUJUR
org yg mengaku kalau abis kentut.

19.ORG PINTAR
org yg menghuraikan kandungan bau kentut org lain.

20.ORG KELAKAR
org yg biler ketawa sambil terkentut.

21.ORG YG ROMANTIK
org yg kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating.

22.ORG YG TIDAK SIHAT
org yg bile batuk dier akan terkentut.

23.ORG YG PANAS BARAN
org yg mudah marah bile terbau kentut walaupun kentutnya sendiri...



hahaha kahkahkah..lu orang golongan yang mane satu?

gua yang no.10 tu..hahaha adeh senak usus..



adios ~~ nk pi kentut..


mengantookkk!!!!




lu orang ade tak cara untuk bagi hilang mengantok?


muka dah seposen dah ni..weekend aritu sibuk sampai tido pon tak cukup..sepupu gua kawin.so sebagai sepupu yang bagus, kami ramai2 la menolong bergotong royong membantu ape yang patut.


so hari ni gua rasa letih yang amat sangat..mata pedih2 je mencari bantal..huishhh kalau dapat bantal ni..kompom der..kompom!!


so gua sebagai seorang yang ngantok nak tanye lu orang ade tak cara2 nak bagi ilang ngantok? kalau takde, lu orang sorong la bantal barang sebijik dua kat gua..adehh..~~




huarrgghhhh...kuapan ke lapan pagi nie..


adios~~ zzZZzzzZzzz

10.12.10

nescafe 3 in 1 : tak baik untuk kesihatan







gua terbaca mende alah ni masa blogwalking td..


tetiba gua plak yang neves.adehh..mana tak nye, nescafe adalah minuman harian gua kat opis ni..setiap hari bekerja..so ape cite buah pinggang gua? teruk sangat ke nescafe ni? gua bukan nak drop sesapa dalam entri ni.tapi benda2 macam ni kene ambil kira jugak..bukan untuk orang lain untuk diri sendiri jugak..


gua memang pernah dengar tentang keburukan nescafe ni.tapi tak la seburuk ni..lu orang boleh baca dengan lebih lanjut kat sini.


pada gua la kan, sebagai pengeluar dengan nama besar seperti nescafe ni, diorang mesti ade RnD department..diorang tak buat keje ker? takkan nak jual barang yang boleh membunuh pelanggan..betol tak?


whatever..yang penting sebagai pemimpin yang bijaksana dari pucuk pimpinan hingga ke akar umbi perlulah bersama-sama berganding bahu menggembling tenaga bagi membanteras gejala mat rempit yang semakin berleluasa ketika ini agar negara lebih aman makmur di masa akan datang..errr jap2..salah teks ucapan..


ermm aa pape je la..lu orang pikir la sendiri..






adios~~



9.12.10

pabila tren lambat



takde solution ker?


"makluman kepada semua penumpang.tren laluan Sri Petaling mengalami sedikit kelewatan. harap maaf" 


halo incik penjaga tren..carik la alternatif untuk selesaikan masalah yg lu orang alami ni..ni bukan sedikit kelewatan.ni dah kira berdikit-dikit dah ni.takkan nak harap gua pulak yang bagi solution.ape gune bos lu bayar gaji ribu2 tapi masalah camni takleh nak setel?jangan tongong sangat der..passenger dah maki hamun lu orang boleh buat selamba badak tunggu setel masalah yang belom tentu waktu nak setel tu..


masuk tren ni dah 5 tren laluan ampang lalu depan gua..lu orang bayangkan la 10 minit untuk 1 tren.bermakna gua dah mengahadapi pembaziran masa hampir 1 jam dengan penuh caci maki dan sumpah seranah dalam hati..rugi der.tambah dosa jer..bongok tahap kerbau betol la servis star lrt hari nih..






bayangkan la 50 minit lu orang kumpul passenger yang dalam hati masing2 penuh dengan kemarahan. bila tren sampai sure semua orang tak dapat tidak mesti nak naik jugak..boleh lu orang bayangkan? gua taknak bayangkan sebab gua sendiri alami hari penuh malang ni..shilake sungguh!!


gile babeng sesak tren nih!! macam sardin..bukan sardin biasa der..lu orang bayangkan 5 tin sardin, isinya lu orang sumbat dalam 1 tin sardin biasa..tak ke naya tu?


gua berdiri dengan pipi kanan gua melekat kt pintu sepanjang perjalanan. kaki gua rapat macam nak nyanyi lagu negaraku sambil diiringi kehangitan ketiak uncle sebelah gua yang tanpa ade rasa bersalah mencemarkan alam sekitar..kejodohnye itu? itu je ruang yang gua ade der..redha je la..


akhirnya gua sampai jugak kt opis menjemput wife gua..kesian die kene tunggu berjam2 sorang2..sory ye yang..bukan salah saya..salah penjaga star LRT..



8.12.10

1st Annivesary

Assalamualaikum dan salam sejahtera..salam 1 malaysia..(maaf gua sedikit Gila Patriotik hari ini)

gua mengambil kesempatan ni nk ucapkan selamat tahun baru hijrah kepada seluruh umat islam..celebrate la tahun baru hijrah ni dengan aktiviti2 yg berfaedah..jgn ikut sgt budaya kafir tu tunggang terbalik terlompat2 mabo2 celebrate 1 januari tu..tongong..nk celebrate boleh tapi sila hagak2..xyh lelebih sgt..

dh2..straight to ampang point..seperti yg lu orang maklong, semalam merupakan hari pertama dalam tahun 1432H bersamaan hari ulangtahun perkahwinan gua yg pertama..haha bijak gak gua pilih tarikh..sume org cuti untuk celebrate sesama ngan gua..

nampak x wajah riang ria kami?

gua nikah dgn wife gua pada 18.12.2009 bersamaan 1.1.1431H..so adalah lebih baik gua memilih tarikh tahun baru tu sebagai hari ulangtahun perkahwinan gua..tak ke bijak gua nih..huh

so ape aktiviti kami?

xde la best sgt..gua just bawak wife gua gi jenjalan kt mines pastu makan2 kt resepi rahsia..sebenanye ni 1st time gua makan kt resepi rahsia ni..seperti yg gua dah bajet awal, makanan kt sini mmg bukan selera gua..gua orang kampong beb..tapi demi meraikan wife gua, gua makan gak la..actually makanan yg gua makan tu ok jugak..cuma lebih sesuai utk vegetarian (selak sayur baru jumpa mee..haha)

wajah kenyang wife gua setelah membaham semangkuk tom yam kung mee (betol ke ni yang?)

lepas tu kitorang pon order la pencuci mulut (1 slice cake + FOC cup of cofee)..wife gua pon jalankan tugas mengorder cake kesukaan (sbb gua haram tak tau nama2 cake ni)..maka hadirlah sepasang oreo cake + flat white coffee (order black dapat white..hantam sajalah)..sedap sebenanye oreo cake ngan white coffee nih..

sedap beb..x sangka gua..

lepas makan kitorang jenjalan lebih kurang pastu tetiba wife gua ajak singgah kedai kasut..pastu tetiba plak die belikan sepasang kasut keje untuk gua..huu sedap tol pakai kasut nih.. lembut je..thanks yang..hadiah awak nanti sy bagi lepas bersalin ek..hehe

cakap pasal bersalin, wife gua insyaAllah akan melahirkan anak 1st kami hujung bulan ni..so gua mintak lu orang tolong doakan kesihatan dan keselamatan wife gua dgn bakal anak kami nanti..thanks..

sampai di sini dulu entry kali ni sbb gua dh start neves nih..haha


adios~~
















2.12.10

dapat award..thanks bro!!



thanks tu huszaini haron a.k.a papa triplet sbb menganugerahkan gua award ni..
best ke award ni? best la drpd takde..haha

ok la demi tidak menghampakan lu orang semua, gua menjawab persoalan yg ditimbulkan oleh beliau..

Tell 7 things about yourself

1. kengkadang kelakar
2. kengkadang pemarah
3. kengkadang blur
4. disukai ramai..haha
5. boros
6. kuat makan
7. suka memandu laju..yiaoww!!!

ok that's all..gua bedal je tu..camne gua nk nilai diri gua sendiri kan?lu orang patut nilai gua..gua kalau nk nilai, gua gi nilai 3..

adios ~~