5.10.11

kelazatan si merah dunhill (bahagian #2)

sambungan dari bahagian #1

Mungkin kau kata tu semua alasan orang tak nak berhenti merokok. Tapi azam aku memang tinggi. Aku nak sangat berhenti merokok. Kalau dihitung duit aku beli rokok sejak hari pertama aku merokok, dah mampu bayar downpayment rumah gamaknya. Menyesal. Tapi iman aku lemah.


Selepas kahwin azam aku semakin kuat untuk berhenti. Tapi aku masih gagal. Ada yang sokong kehendak batiniah aku untuk berhenti merokok tapi lebih ramai yang mengejek-ejek hanjing. Dihulur-hulur rokok depan aku. Dihembus-hembus asap depan aku. Diketuk-ketuk kotak rokok depan aku. Tak macho katanya kalau tak merokok. Aku gagal untuk kesekian kalinya.


"nah sekarang isteri kau dah mengandung..takkan kau masih mahu merokok? kau tak ada rasa kasihan dengan isteri kau? anak dalam kandungan tu anak kau..kau masih mahu merokok?" 


Hati aku tersentap dengan soalan-soalan yang tiba-tiba bermain di fikiran aku sendiri. Semakin kuat suaranya. Semakin lantang suruhannya supaya aku berhenti merokok. Tapi iman aku masih lemah. Tak cukup kuat untuk menagkis ajakan rakan-rakan untuk ke port merokok di tangga pejabat. 


Aku simpan tekad yang kuat dalam hati aku untuk berhenti merokok sebelum anak aku menjengah dunia. Aku takkan peduli ajakan kawan-kawan aku untuk merokok selepas makan tengahari. 


Aku pilih tarikh 1 Ramadhan untuk langkah pertama yang keberapabelaskalintah untuk berhenti. Tapi dugaan yang aku hadapi bukan kecil-kecil anak. Maha hebat. Tidak ku hirau ejekan kawan-kawan tapi badan aku sendiri tak mampu menampung kekurangan nikotin yang selama ini melambak-lambak dalam badan aku. Sekotak rokok duapuluhbatang adalah bekalan minimum nikotin dan tar untuk tubuh aku dalam sehari. Bila kau berhenti mendadak, kau terimalah akibatnya.


Aku demam flat rebah lemah selama seminggu cukup. Sangat menyeksakan. Tapi aku masih berpuasa. Aku tak mampu nak angkat diri aku sendiri pun. Namun azam aku masih belum luntur. Aku cuba untuk gagahkan diri aku sebab aku percaya aku takkan mati sebab berhenti merokok. Aku membayangkan hidup yang sihat dalam kesakitan itu.


Akhirnya aku pulih dari demam flat rebah lemah selama seminggu cukup itu. Selama itu juga aku tak sentuh rokok walaupun stok rokok masih ada dalam kotak terakhir ku. Dan aku semakin sihat. Aku dah sihat dan sudah bebas dari rokok. Aku terbayang sinar kehidupan yang sihat di hari-hari mendatangku. 





Hari ini sudah lebih setahun aku berhenti dan aku rasa hidup aku semakin bling-bling. Anak aku pun sudah lahir dengan sihat sekali. Gembira. Isteri pun semakin sayang sebab bau aku dah wangi. Aku tidak lagi bergantung pada rokok untuk hidup. 


Namun aku tak pernah buang kawan-kawan aku malah nasihat dan dorongan aku hulur untuk mereka ikut jejak aku. 


Aku percaya ramai perokok menanam azam untuk berhenti tapi tidak tahu caranya. Nasihat aku, jangan ikut cara aku. Nanti kau sakit teruk. Pergi rujuk dengan yang pakar. Beli buku cara-cara berhenti merokok. Belajar dan tanamkan azam. Pilih tarikh yang terbaik supaya boleh diraikan bila tiba tahun berikutnya. Mohon pada-Nya supaya berjaya. Aku juga doakan kejayaan kau.


Percayalah kalau kau berjaya dalam sesuatu yang telah  kau cuba dengan bersungguh-sungguh, pasti kau akan berasa sangat gembira. Sangat. Aku juga gembira.






p/s: aku tulis entri ini (bahagian 1 & 2) dalam masa 1/2 jam sahaja. tiba-tiba mood menulis tu datang. aku harap mood ni akan datang lagi esok.



No comments:

Post a Comment