6.10.11

bila kehendak melampaui batas pilihan : menjengkelkan



Perasaan yang paling aku tak suka sedang melanda


Akukah yang sangat memilih? Akukah yang sangat high taste? Akukah yang tak reti bersyukur? Atau akukah yang paling berhati murni? Akukah?


Aku tak suka perasaan ni. Selagi belum dapat apa yang dihajati, aku tak akan tenteram. Sukar untuk tidur malam bila mengenangkan apa yang akan terjadi jika aku lambat bertindak. Aku perlu bergerak sekarang. Tapi aku mati sebelum mula langkah pertama.


Akal aku beku. Otak aku tidak cair seperti selalu. 


Sebelum ni akulah yang paling laju dalam berfikir. Hatta perkara yang diputar belit aku leraikan dalam dua kelip mata sahaja. Tapi sekarang hotak aku seakan terhenti bila masalah ini berjimba di fikiran aku. Sangat menjengkelkan.


# Beli rumah 


Mungkin bagi kau perkara ni sangat tidak masuk akal untuk aku berserabut kepala begini. Tapi bagi aku ini merupakan perkara yang paling sukar untuk aku dalam membuat keputusan. Aku jadi seorang yang sangat loser dalam hal ni pada mata kau.


"apa yang susah sangat? buat senarai pro dan kontranya, buruk dan baiknya, rugi dan untungnya. aku rasa tak susah sangat.." 


Kau mungkin bergaji besar. Kau mungkin tidak perlu memikirkan sangat keluarga kau. Kau mungkin masih ada ayah untuk menjaga ibu kau. Kau mungkin tiada masalah dengan hati sendiri dalam bab pengasuh anak kau. Kau mungkin kerja berhampiran dengan tempat kerja isteri kau. Dan jika itu kau, kau tiada masalah untuk memilih rumah idaman.


Tapi aku? 


1) Aku bergaji sederhana dalam arus hidup yang sangat laju. Kenaikan gaji tidak mampu untuk mengejar kenaikan harga rumah. Aku buat kajian ok. Bukan cakap kosong. Hasil kajian aku menunjukkan rata-rata harga rumah di sekitar kawasan aku naik 30% dalam masa tiga tahun. Jika tiga tahun dulu harga rumah satu tingkat di kawasan seri kembangan berkeluasan 20' x 70' adalah RM 150,000, tahun ini harga mendadak naik sekitar RM 200,000. Ok itu aku sangat tidak mampu.


2) Aku perlu menjaga keluarga aku. Aku punya seorang isteri dan seorang anak (buat masa ini) dan aku juga masih punya ibu dan tidak punya ayah. Jadi sebagai anak lelaki yang bongsu aku rasa sudah menjadi tanggungjawab aku untuk menjaga ibu aku sampai akhir hayatnya. Tapi aku juga punya isteri yang mempunyai perasaan inginkan hidup yang lebih privacy. Jadi dalam hal ini, siapa yang harus aku menangkan? Tak mungkin aku akan menangkan diri aku sendiri. Aku tolak tepi awal-awal kehendak aku dan cuba untuk penuhkan kehendak demi memuaskan hati mereka berdua. Mampukah aku? Mampukah?


3) Aku masih belum punya kekuatan untuk membenarkan orang asing menjaga dan memantau tumbesaran anak aku di siang hari. Aku tidak berani membenarkan orang luar untuk membancuh susu anak aku yang sangat bingit suaranya bila menangis. Aku masih bergantung kepada ibu aku untuk menjaganya sepanjang peninggalan di siang hari bekerja. Jadi aku perlu punya rumah berhampiran dengan rumah ibu aku demi memuaskan hati dua-dua pihak. Ibu dan isteri. Ibu aku dapat menjaga anak kami dan isteri aku dapat hidup yang lebih privacy. Tapi boleh kau bayangkan perjalanan aku untuk ke tempat kerja lebih 100km setiap hari? Aku betul-betul bingung. 


Akukah yang sangat memilih? Akukah yang sangat high taste? Akukah yang tak reti bersyukur? Atau akukah yang paling berhati murni?


Aku harap kau dapat membantu aku dalam hal ni. Aku mengaku aku sangat loser dan tidak mampu untuk menyelesaikan masalah ini sendiri. Dan satu yang aku perlu disini, paling perlu, pengorbanan. Semoga Allah memberkati hidup kami sekeluarga dan limpahkan segala rahmatnya. Semoga Allah membuka hijab aku dalam menyelesaikan masalah ini. 




p/s: Hujung bulan ini merupakan 1st annivesary aku dengan syarikat tempat aku bekerja dan aku akan menerima kenaikan gaji yang pertama. Sekali lagi aku meminta pada tuhanku supaya diberkati rezeki yang di kurniakan kepada aku dan keluarga aku ini.


Amin. 

No comments:

Post a Comment