There was an error in this gadget

10.11.11

[cerpen] Misteri Dormitori


"Acap bangunlah wei. Aku dah tak tahan nak kencing ni. Jomla temankan aku" rintih Herman. 

Herman memang terkenal dengan sifat penakutnya. Acap yang tidur di tingkat atas katil double-decker itulah yang selalu menjadi mangsa menemaninya ke tandas.

"aku mengantuklah Man. Kau pergi la sendiri. Tandas tu takde hantu pun kau nak takut apa" balas Acap separuh mamai.

"alaa tolongla Cap. Aku dah tak tahan ni" Herman mengepit kemas kelangkangnya agar tidak terburai segala isi pundinya dalam dorm itu.

Dalam keterpaksaan Acap pun bangun dengan mata yang mamai-mamai separuh buka menemani Herman ke tandas di hujung blok asramanya itu.

"Woi kau ni kencing ke berak batu? Apahal yang lama sangat tu?" tempelak Acap sementelah menunggu hampir lima minit di luar tandas. Pintu kubikal yang dihuni Herman diketuk ganas berulang kali. Namun tiada jawapan. Sunyi.

"aku kira sampai lima. Kalau kau tak keluar aku balik dorm. Aku mengantuk ni" ugut Acap. Namun masih tiada jawapan.

"pandai-pandai kau la Man. Aku dah tak larat nak tunggu kau berak" bisik hati Acap sambil melangkah lemah balik ke dormnya. Matanya masih kuyu tidak mahu dibuka penuh agar tidak hilang kantuknya. Di mindanya hanya terbayang keempukan bantal dan tilam getah subsidi kerajaan itu.

Pintu dorm dikuak dan serta merta lutut Acap lemah. Bagai mahu terduduk bila melihat Herman sedang tidur nyenyak di katilnya.

Republic of Double Faces

Aku benci orang bermuka-muka. Talam!


Bukan kau ada dua muka seperti talam. Tapi muka kau tak ubah seperti talam di depan cantik dengan bunga-bunga dihias indah, tapi di belakang penuh dengan kesan seretan di lantai hitam legam penuh habuk tak pernah cuci. Serupa dengan kau. Depan agak senonoh (walau tak syncro dengan keindahan talam bahagian depan) tapi di belakang rupa kau tak ubah seperti jerangkung yang laparkan darah menyeringai huduh nak mampus. 

Depan aku kau bercakap baik semua betul. Di belakang kau mengata aku itu salah ini salah. Memburuk-burukkan aku dan mempengaruhi orang lain supaya turut sama membenci aku. Kalaupun mahu jadi orang yang super perfect (konon) tak perlu kau nak mengata aku di belakang. Kata saja di depan aku. Jangan takut aku takkan tumbuk muka kau. Sebab muka kau dah sangat huduh pada aku. 

Boleh pergi tadah muka depan lori sekarang. Fuck!

1.11.11

happy annivesary to myself


Genap satu tahun. Kalau bayi sekarang ni tengah bertatih-tatih jatuh belajar berjalan. Sama macam aku. Masih banyak yang aku belum tahu kat sini. 

Suasana kerja yang totally different dengan tempat kerja lama. Aku sedikit terkejut budaya bila mula-mula masuk ke sini setahun dulu. Waktu kerja adalah waktu untuk bekerja. Fokus dan tekun untuk kejar target dan meningkatkan keyakinan bos terhadap kita. At the end of the day, you'll get the best pay. 

Sekarang aku dah boleh terima semua ni. Suasana sekeliling dan menghadapi tekanan kerja bukan masalah besar buat aku. Sedikit-sedikit aku belajar. Semoga Allah mempermudahkan segalanya.


Selamat hari ulangtahun yang pertama '1.11.11' aku dan Tradewinds Plantation Berhad. Semoga Allah memberkati. 

Amin.