There was an error in this gadget

14.2.13

Cabar Diri Sendiri

Sabtu lepas (9.2.2013) aku dengan beberapa kawan mencabar diri sendiri untuk ikut geng panjat bukit. PINE TREE TRAIL @ Fraser's Hill. Trail sepanjang 5.5km memang mencabar walau tak berapa tinggi. Tapi trek yang naik turun tak konsisten memang buat kaki aku krem sepanjang jalan.

Kepuasan sebenar adalah bila kau dah habiskan perjalanan naik dan turun (sebenarnya pergi dan balik sebab jalan dia memang naik turun) dan jejak semula di pintu masuk. Selagi tak habis, kau akan menyumpah seranah bagai nak gila. Bila la nak sampai ni. Kaki dah bengkok ni hoii..

Jom layan gambar.


Taklimat ringkas dari Abang Mi ketua rombongan meminang

Masih rajin snap gambar. Awal lagi. Peluh baru dua tiga titik kat tengkuk. 

Bekas penyanyi asal kumpulan Lipan Bara. #SepiSelamanya

Ok dah selebet sikit. Senyum tak berapa nak ikhlas. (with Afiq from Bernas) 

Fuh..fuh sikit lagi.

Simbolik kura-kura sebagai petunjuk jalan kepada si lambat macam aku

Duduk rehat macam kat tepi pantai. 

Tugasan terakhir sebelum menuju puncak. 90 darjah ni. 

Kalau flying fox dari sini boleh sampai Genting sebenarnya.

Dah sampai puncak, tangkap gambar group. Free Size!!

Tamat. Hilang 3kg (dari dalam beg sebab air semua dah habis) 


Kalau ada lagi lepas ni, harap depa contact la aku. Best hoi. Cuma bagi aku rehat sikit. Kaki ada dua ni ja. Kot ada spare boleh la nak buat tiap-tiap minggu. 

Dah la tu je. 

22.1.13

Ceritera Najib

A : Serabut betul kepala aku akhir-akhir ini. Najib masa sebaya aku dulu pun tak serabut macam ni.

B : Eh, kau siapa nak cakap pasal zaman muda Najib?

A : Eh, kau kenal ke Najib yang aku cakap ni?

B : Eh, Najib mana?

A : Eh, mari aku cerita. Dulu, jiran aku ada bela angsa. Angsa jantan. Dia namakan angsa dia sebagai Ramli. Ramli sangat jinak dengan tuannya. Mari kita gelarkan dia Tahir. Tahir menjaga Ramli macam anaknya sendiri walaupun Tahir takda anak. Ye lah, mana nak ada anak. Kahwin pun tidak. Sebab tu Tahir jaga Ramli dengan penuh kasih sayang. Setiap petang, seperti biasa selepas bagi Ramli makan, Tahir akan ke kedai kopi Hj. Zabidin untuk pekena barang secangkir dua kopi-o kegemarannya. Kebetulan anak Hj. Zabidin si Saodah sering membantu Hj. Zabidin di warungnya. Ini membuatkan Tahir yang sudah separuh umur semakin rajin ke warung kopi Hj. Zabidin. Saodah baru habis SPM. Jadi dia ada banyak masa terluang untuk membantu. Tahir pula semakin rajin ke warungnya. Sehinggakan makan pakai Ramli terabai. Ramli sedikit terasa dengan perubahan Tahir akhir-akhir ini.

Pada suatu petang, eh kau ok ke ni? Panjang lagi cerita ni.

B : Cerita je. Aku ada banyak masa.

A : Ok. Sampai mana kita tadi? Ok pada suatu petang, sikap Tahir yang semakin dingin terhadap Ramli menyebabkan Ramli nekad untuk lari dari rumah. Selepas saja Tahir bergerak dengan motor Honda C70 nya yang berwarna maroon muda, Ramli dengan senyap-senyap melangkah keluar dari rebannya membawa hati yang lara. Ramli tiada tempat untuk dituju. Dia hanya mengikut kakinya melangkah. Tiba di satu persimpangan, Ramli menjadi keliru. Dia tidak tahu hendak kemana. Melihat ke kiri, melihat ke kanan sambil cuba-cuba membaca papan tanda.

Di hujung jalan, kelihatan Tahir sedang duduk sila panggung. Di tangannya secawan kopi jantan sambil matanya mengenyit-ngenyit Saodah yang sedang membancuh air. Tersipu-sipu Saodah. Gatal juga. Hj. Zabidin tidak bersuara. Hanya memerhatikan saja gelagat Tahir sambil menggentel hujung misainya yang melintang patah. Jauh di sudut hatinya berasa geram juga dengan orang tua yang satu ni. Tua tak sedar diri tulang dah retak ada hati nak mengurat anak dara aku yang masih bergetah-getah.

Tiba-tiba, dengan tidak semena-mena, terdengar satu jeritan panjang dari seretan tayar yang dibrek keras di atas jalan raya. Sebuah kereta Proton Saga BLM dengan nombor pendaftaran Pahang dilihat melilau-lilau. Pemandunya seorang lelaki berkulit cerah berkaca mata dan berambut putih dengan dahi yang luas. Badannya sedikit gempal. Di sebelahnya terduduk dompok seorang wanita berambut seperti singa. Dia dilihat cuba mengawal kenderaannya agar tidak melanggar seekor angsa yang secara tiba-tiba melintas. Dipercayai angsa ini melintas sambil menutup matanya dengan kedua-dua kepaknya. Mungkin mahu membunuh diri.

Ketika inilah Tahir dilihat meninggalkan kedai Hj. Zabidin dengan tergocoh-gocoh dipercayai mahu menyelamatkan angsa itu. Dia kenal amat akan angsa itu. Itulah Ramli. Tahir tidak mahu Ramli mati. Ketika ini bergentayangan di layar mindanya saat-saat manis yang pernah dilalui bersama dengan Ramli. Suatu waktu dahulu hugungan mereka terlalu akrab. Sehinggakan Ramli dibawa ke majlis kenduri kahwin di sekeliling kampungnya. Ramli juga dipakaikan baju kemeja dari jenama Polo. Punya sayang Tahir pada Ramli.

Tapi takdir telah mendahului dia. Ramli dilanggar oleh kereta Proton Saga BLM yang dipandu lelaki itu tadi. Mari kita namakan dia Najib. Ramli mati ditempat kejadian dengan kecederaan parah di kepala dan badan. Tahir terduduk apabila melihat Ramli melambung tinggi melepasi enam tiang elektrik sebelum jatuh menjunam ke permukaan tar. Najib terus berlalu meninggalkan mayat Ramli tanpa sebarang nota ringkas.

B : Keji betul perangai Najib tu. Oo jadi inilah Najib yang kau cakap tadi tu?

A : Bukan lah. Aku mana tahu siapa nama pemandu kereta tu. Kan dia blah terus.

B : Habis tu siapa Najib?

A : Apa perangai kau ni? Najib tu kan perdana menteri kita.

B : Kau tunggu sini aku nak balik ambil senapang gajah tembak kepala kau biar bersepai. Celaka.

8.1.13

salahkan twitter

lama betul aku tak menulis di sini.

untuk ini, aku salahkan twitter.

semua idea aku telah di'compress'kan untuk cukup hanya 140 aksara.

dan twitter juga adalah penyebab utama blog dan fb aku jadi anak tiri kepada bapa kandungnya sendiri.

instagram? dah lama jadi anak yatim. T__T