Showing posts with label karma. Show all posts
Showing posts with label karma. Show all posts

17.10.11

[cerpen] karma sepatu racing #bahagian 3 (finale)

# bahagian 1

# bahagian 2




+++++++++++++++++++++++++++++++++

“assalamualaikum Pak Su, Mak Su. Kenapa ramai-ramai ni?” Nina bersalaman dengan Pak Su nya yang ditemui di rumah mayat hospital Kuala Lumpur.

“abang kau meninggal dalam kemalangan sebentar tadi Nina. Kami sedang menunggu untuk pengecaman dan menuntut mayat untuk dikebumikan”

Kini Nina pula yang terduduk. Air matanya tiba-tiba luruh terus-terusan bagai paip Syabas yang pecah dilanggar backhoe. Nina mula menjerit macam orang hilang akal. Tiada lagi tempat bergantung. Nina hanya ada abangnya untuk mengadu nasib setelah kedua orang tuanya meninggal dunia tahun lalu juga dalam kemalangan jalanraya. Itupun dia lari dari rumah setelah bergaduh dengan abangnya minggu lalu. Nina sangat menyesal. Dia meracau-racau histeria tak tentu hala. Kecoh sekejap rumah mayat itu.

Zack bingung.

Terimbau pada kenangan di mana Zack diperkenalkan pada Nina oleh Rita, 2 hari lalu. Zack amat berkenan pada tubuh montok Nina membuatkan dia berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Setelah disuap dengan kemewahan, barang kemas dan minuman keras, suntikan sedikit ayat manis akhirnya membuahkan hasil.

Bangganya bukan kepalang apabila mendapat dara si Nina dengan begitu mudah sekali. Hadiah hari lahir yang diterimanya yang di anggap paling hebat dan bermakna rupanya membawa maksud mendalam yang jauh lebih perit untuk ditelan. Zack telah merosakkan adik kawan baiknya sendiri.  Itu adalah perbuatan yang paling syaitan dirasakan pernah dilakukan terhadap kawan baiknya itu.

Tiada jalan untuk Zack menebus kesalahannya pada Sham. Sham sudah meninggalkannya. Meninggalkan segala dunia durjana. Yang ada hanyalah sepatu racingnya yang tidak tercalit sedikit calarpun ketika kemalangan itu. Zack meminta kebenaran daripada Pak Su untuk menyimpan sepatu itu sebagai kenangan.

++++++++++++++++++++++++++++++

“abang..tolong buat susu anak boleh? Nina tengah masak ni”

Zack mengambil keputusan untuk menikahi Nina sebagai penebus dosanya pada Sham. Zack meninggalkan kehidupan hitamnya. Meninggalkan semua gadis-gadis jalanan yang hanya mahukan wang dan kemewahannya.

Kini hidupnya bahagia bersama Nina, adik rakan karibnya dulu. Pusara Sham tidak pernah lupa untuk dikunjungi setiap minggu. Zack menjaga Nina dan anak mereka bagai menatang minyak yang penuh. Hidupnya bahagia walau dosanya dirasakan menggunung tinggi pada Sham. Setiap hari dalam solatnya mendoakan semoga roh Shamsul dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Moga dapat berjumpa dengannya di hari kemudian.

END.

14.10.11

[cerpen] karma sepatu racing #bahagian 2


++++++++++++++++++++++++++++++++

“Hello Shamsul. Kau ada projek tak sekarang?”

“Sekarang Sham tengah cari projek la Pak Su. Dah kering ni”

“Hah kebetulan. Petang ni kau datang rumah Pak Su. Pak Su dapat tender rewiring kuaters tentera dekat Port Dickson tapi kebetulan Pak Su tengah jalan projek besar kat Ipoh. Tak mampu nak buat semua. Kau ambik lah”

Bagai bulan jatuh ke riba. Panggilan yang amat di nanti sudah berbunyi. Sham mula terbayang kasut racing idamannya sambil mengelap air liurnya yang meleleh.

“Terima kasih Pak Su” balas Sham sebelum meletak telefon.

Setelah selesai segala proses tender Sham memulakan kerja di Port Dickson dengan berhemah dan teliti. Tidak mahu nama Pak Su nya busuk kerana kerja yang tidak teliti dilakukan olehnya. Sham juga berdoa agar dipermudahkan segalanya sehingga siap projek ini kelak.

6 bulan berlalu.

Kontrak di kuaters tentera Port Dickson telahpun selesai. Dan Sham telahpun mendapat bayaran akhirnya. Setelah ditolak gaji pekerja dan modal kasarnya akhirnya Sham mendapat untung bersih yang berlipat-lipat kali ganda daripada projek-projek sebelum ini.

Hati Sham berbunga-bunga. Kini Sham mampu membeli racing suit dan kasut racing yang di idamkan selama ini. Sham sangat gembira.

Kegembiraan ini harus dikongsi bersama rakan karibnya, Zack. Tak perlu telefon. Kalau buat surprise lebih mengancam.

Sambil mengenakan sepatu racing yang baru, CBR Rabbitnya ditunggang laju. Teramat laju. Tidak pernah Sham menunggang laju begini. Mungkin kerana aura kasut racing barunya membuatkan tangannya memulas throttle sehingga habis. Amat teruja untuk menunjuk kasut racing barunya pada Zack.

+++++++++++++++++++++++++++++++

“that’s was great Nina. Can’t wait to go for the second round” rengek Zack.

“gatal lah abang Zack ni” Nina mencubit manja paha Zack.

Mereka baring berpelukan di hotel bajet di pinggir kotaraya selepas meraikan hari jadi Zack yang ke 29 hari ini dan Zack telah mendapat hadiah yang dirasakan paling berharga dalam hidupnya selama ini. Dara si Nina.

Sedang leka membelai tubuh montok Nina, Zack dikejutkan dengan deringan telefon bimbitnya. Kenal amat dia akan nada dering itu. Lagu itu hanya di set untuk teman baiknya, Shamsul.

“yo dude. What’s up. Mane kau pergi berbulan-bulan tak contact aku”

“ermm maaf. Ini encik Zack ke? Saya Sarjan Bahrain dari Cawangan Trafik Kuala Lumpur. Encik kenal dengan Shamsul?”

“kenal sangat encik. Kawan baik saya. Tapi kenapa? Mana Shamsul?”

“Maaf encik, Shamsul terlibat dalam kemalangan di Jalan Istana melibatkan tiga buah kenderaan. Motosikal Shamsul berlanggar dengan sebuah lori yang terbabas selepas bergesel dengan sebuah kereta. Shamsul maut di tempat kejadian.”

Terlepas telefon dari genggaman Zack. Jantungnya bagai direntap dari tubuh. Mukanya pucat dan badannya lemah terjelepuk ke lantai. Nina terpinga-pinga.

“kenapa ni abang Zack? Siapa yang telefon?”

Zack diam seribu bahasa. Cepat-cepat dia bersiap. Nina juga turut bersiap tanpa sebarang perkataan keluar dari mulutnya. 


bersambung...

13.10.11

[cerpen] karma sepatu racing #bahagian 1

“aku mengidam lah Zack” rintih Shamsul pada Zakri, temannya yang paling rapat. Juga punya hobi yang sama iaitu ‘SUPERBIKE’.

“alamak..kau mengandung dah berapa bulan Sham? Tengah syok belek barang motor ni kau boleh mengadu kau mengidam pulak” balas Zack seloroh.

“ahh kau ni..kau tau aku tengah gilakan kasut racing tu kan..kau nampak tak? Tapi harganya buat aku fikir 10 kali nak beli..kalau aku beli jugak, tak berasap la motor aku tu gamaknya. Pakai kasut racing tapi naik LRT la aku” Sham membalas disambut dengan hilai tawa mereka berdua mengejutkan pelanggan-pelanggan lain.




Memang sejak Sham membeli motor Superbike jenis Honda CBR 1000RR Rabbit, dia memang mengidam membeli racing suit dan kasut racing.Baru setaraf dengan kawan-kawannya yang lain kalau berkonvoi. Kalau di kira dari pendapatan Sham yang bekerja sebagai kontraktor elektrik sambilan, hanyalah cukup-cukup makan. Mampu isi minyak hingga cukup bulan dan berkonvoi sebulan sekali pada hujung bulan.

Itulah rutin hidup Sham yang mahu bergaya dalam norma kehidupan sederhana. Tidak miskin dan tidak kaya. Motor yang masih berada di dalam kategori mahal ketika ini dibeli oleh Sham selepas mendapat ‘projek terpijak’ dari Pak Su nya yang juga seorang kontraktor. Dan kini Sham masih menunggu jika ada lagi projek terpijak untuk membeli kasut racing idamannya itu.

+++++++++++++++++++++++++++++++

“Abang Zack..mana kawan Abang Zack yang haritu? Apa nama dia? Abang Sham ek? Dia tu cute lah..ajak la dia lepak sekali dengan kita” Rita menggeletis menggesel-gesel tubuh gebunya pada Zack.

“ala Rita..si Sham tu bukan boleh lepak dengan kita tengah-tengah bulan macam ni. Nanti hujung bulan boleh lah jumpa dia..dah la Rita minum la lagi. Abang belanja” Zack berlagak macho sambil menonggang botol kedua Vodka Lemon tanpa ais di meja tengah berhampiran podium di Aloha Jalan P.Ramlee.

Hidup Zack dan Sham memang jauh berbeza. Berkali-kali Sham di ajak untuk melepak di kelab-kelab malam setiap hujung minggu tapi Sham memang akan mengelak. Bukan itu cara hidupnya. Tidak kiralah tengah bulan atau hujung bulan, Sham hanya akan join aktiviti Zack jika pergi berkonvoi sahaja.

Walaupun Zack menjadi idola Sham dalam bidang permotoran, tetapi hidup Zack yang hyper social itu tak mungkin sekali akan di tiru. Sham kenal batas agama. Namun begitu persahabatan mereka tak pernah renggang. Tetap utuh.

bersambung...