25.10.11

pukau : bagaimana cara mencegahnya?

Terbuka hati aku untuk bercerita tentang kisah pukau bila officemate aku yang sedang berada dalam ketakutan akibat satu peristiwa yang berlaku baru-baru ni menceritakan kisahnya.


Seorang lelaki telah membuka dan menjenguk kepala ke dalam rumah makciknya kelmarin. Kebetulan anak saudaranya ternampak kelibat kepala manusia lelaki yang menjenguk itu. Lelaki itu tutup kembali pintu rumah dan berlalu pergi. Pemeriksaan dibuat dan mendapati dua keping kad manila dan sekeping kertas bertulis ayat al-Quran dan terjemahannya (mungkin) dalam bahasa melayu tulisan jawi telah di tinggalkan di atas tembok pagar.


Apa motifnya? Siapa lelaki itu? 


Persoalan yang sedang berlegar di kepala beliau dan seluruh keluarganya. Semua dalam kerisauan. 


+++++++++++++++


Kau pernah dipukau? Saudara mara kau ada yang pernah menjadi mangsa pukau? Bagaimana kita mahu mengelakkan diri dari jadi mangsa pukau?


Aku terbaca di internet tentang teknik pukau yang hanya menggunakan hembusan asap rokok, tenungan mata, sentuhan mahupun sapaan. Semua ini membuatkan aku juga berada dalam kegelabahan sekarang ini. Siapa tahu orang itu hendak memukau kau? Mahu ambil barangan berharga yang kau ada? Siapa tahu?


Jadi kita harus berhati-hati dengan segala tindak tanduk kita dan selalulah perhatikan orang sekeliling. Beberapa tips di bawah mungkin mampu membantu.


1. Jangan berinteraksi dengan orang kulit hitam yang nampak mencurigakan. Banyak kejadian pukau melibatkan mereka. Ada yang berlagak seperti bertanyakan jalan, menukar wang kecil, atau menjual barang. Biar diri dianggap sombong daripada memikirkan kemungkinan akibat yang akan di tanggung kelak.  


2. Amalan surah yasin ayat 9 dan surah al-araf ayat 17 juga dikatakan boleh menjadi pendinding dari perbuatan pukau.



وَجَعَلْنَا مِن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لاَ يُبْصِرُونَ
Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat. [Surah Yasin Ayat 9]

ثُمَّ لآتِيَنَّهُم مِّن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَن شَمَآئِلِهِمْ وَلاَ تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ
kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan men-dapati kebanyakan mereka bersyukur (ta'at).
[ surah al-araf ayat 17]


3. Menggunakan minyak limau kasturi sebagai pewangi. Sapukan di sendi dan atas kening.

4. Membela ikan puyu di rumah. Ikan puyu mampu bertindak sebagai sensor terhadap perbuatan pukau. 

5. Menanam tumbuhan berduri.


Apa yang pasti, segala apa usaha yang dilakukan, berbaliklah pada Allah dan yakinlah pada kekuasaannya. Jangan percaya kepada benda-benda karut yang membawa kepada terpesongnya akidah. Nauzubillahi minzalik.

18.10.11

ibu, kau kelar aku?





sumber gambar : harian metro

+++++++


Kau kelar aku? Ok kelar adalah sopan. Kau sembelih aku? Anak kau sendiri? Kau ingat kau dapat tutup kesalahan kau dengan membunuh aku? Apa yang kau dapat? Kau tenang sekarang? 


Jangan kau salahkan teman lelaki kau yang berjanji akan bertanggungjawab selepas 'tertabur' sperma dalam rahim kau. Kau pun turut sama bersalah. Kamu berdua punca aku lahir ke dunia. Ya, aku sempat lahir ke dunia. Sekejap. Sebelum kau bunuh aku dengan sangat kejam. 


Kau ni manusiakah? Mana pergi sifat kasih sayang kau dahulu? Ketika kau berkasih mesra dengan teman lelaki kau sebelum berasmara dan terciptanya aku? Kau lebih keji daripada binatang. Sanggup membunuh aku. Aku yang diam didalam perut kau selama sembilan bulan. Baru mahu lihat dunia sudah di sembelih. Apa dosa aku?


Aku harap kau tenang-tenang selalu. Sebagai anak yang soleh, aku tidak akan mendoakan kecelakaan untuk ibu aku sendiri. Aku harap kau tidak akan mencipta lagi satu dosa besar membunuh diri kerana tidak tahan dengan tekanan yang akan kau lalui selepas ini. Itu pasti. 


Aku harap kau jumpa jalan yang benar. Bertaubatlah. Aku tunggu kau di syurga.




* suara dari kubur

17.10.11

[cerpen] karma sepatu racing #bahagian 3 (finale)

# bahagian 1

# bahagian 2




+++++++++++++++++++++++++++++++++

“assalamualaikum Pak Su, Mak Su. Kenapa ramai-ramai ni?” Nina bersalaman dengan Pak Su nya yang ditemui di rumah mayat hospital Kuala Lumpur.

“abang kau meninggal dalam kemalangan sebentar tadi Nina. Kami sedang menunggu untuk pengecaman dan menuntut mayat untuk dikebumikan”

Kini Nina pula yang terduduk. Air matanya tiba-tiba luruh terus-terusan bagai paip Syabas yang pecah dilanggar backhoe. Nina mula menjerit macam orang hilang akal. Tiada lagi tempat bergantung. Nina hanya ada abangnya untuk mengadu nasib setelah kedua orang tuanya meninggal dunia tahun lalu juga dalam kemalangan jalanraya. Itupun dia lari dari rumah setelah bergaduh dengan abangnya minggu lalu. Nina sangat menyesal. Dia meracau-racau histeria tak tentu hala. Kecoh sekejap rumah mayat itu.

Zack bingung.

Terimbau pada kenangan di mana Zack diperkenalkan pada Nina oleh Rita, 2 hari lalu. Zack amat berkenan pada tubuh montok Nina membuatkan dia berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Setelah disuap dengan kemewahan, barang kemas dan minuman keras, suntikan sedikit ayat manis akhirnya membuahkan hasil.

Bangganya bukan kepalang apabila mendapat dara si Nina dengan begitu mudah sekali. Hadiah hari lahir yang diterimanya yang di anggap paling hebat dan bermakna rupanya membawa maksud mendalam yang jauh lebih perit untuk ditelan. Zack telah merosakkan adik kawan baiknya sendiri.  Itu adalah perbuatan yang paling syaitan dirasakan pernah dilakukan terhadap kawan baiknya itu.

Tiada jalan untuk Zack menebus kesalahannya pada Sham. Sham sudah meninggalkannya. Meninggalkan segala dunia durjana. Yang ada hanyalah sepatu racingnya yang tidak tercalit sedikit calarpun ketika kemalangan itu. Zack meminta kebenaran daripada Pak Su untuk menyimpan sepatu itu sebagai kenangan.

++++++++++++++++++++++++++++++

“abang..tolong buat susu anak boleh? Nina tengah masak ni”

Zack mengambil keputusan untuk menikahi Nina sebagai penebus dosanya pada Sham. Zack meninggalkan kehidupan hitamnya. Meninggalkan semua gadis-gadis jalanan yang hanya mahukan wang dan kemewahannya.

Kini hidupnya bahagia bersama Nina, adik rakan karibnya dulu. Pusara Sham tidak pernah lupa untuk dikunjungi setiap minggu. Zack menjaga Nina dan anak mereka bagai menatang minyak yang penuh. Hidupnya bahagia walau dosanya dirasakan menggunung tinggi pada Sham. Setiap hari dalam solatnya mendoakan semoga roh Shamsul dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Moga dapat berjumpa dengannya di hari kemudian.

END.

14.10.11

pantun balasan buat Liverfool Fans

berikut merupakan pantun ditujukan khas buat ijaicool bagi membalas surat keji kau





gunung daik bercabang-cabang
pulau pondan jauh ke tepi
uncle dalglish sila siapkan mental sekarang
agar tak meracau bila dibogelkan fergie di rumah sendiri



di sana seladang di sini seladang
salam bersalaman wajah tak mahu di pandang
pepe reina jaga2 abang rooney dah datang
tangkap bola jangan tangkap kepala sendiri ye bang


442, 352, atau 451
pakailah ape formation pun yang sedap kat korang
hei charlie adam dirk jengkaut ape kau buat tu
selamba badak bagi nani ole2 kau celah kangkang


kalau gerrard pergi ke melaka
tapaukan anderson sebungkus char kuey teow
adik caroll suarez rabbit dah ready ke
encik smalling dan abang rio pakai kasut besi taww


you will never walk alone kata kau
wahai ijaicool yang ku sayang
tolong kuatkan sikit volume tv kau
sebab kat anfield nanti lagu glory2 man utd nak bermukandang






you'll walk alone dude!

[cerpen] karma sepatu racing #bahagian 2


++++++++++++++++++++++++++++++++

“Hello Shamsul. Kau ada projek tak sekarang?”

“Sekarang Sham tengah cari projek la Pak Su. Dah kering ni”

“Hah kebetulan. Petang ni kau datang rumah Pak Su. Pak Su dapat tender rewiring kuaters tentera dekat Port Dickson tapi kebetulan Pak Su tengah jalan projek besar kat Ipoh. Tak mampu nak buat semua. Kau ambik lah”

Bagai bulan jatuh ke riba. Panggilan yang amat di nanti sudah berbunyi. Sham mula terbayang kasut racing idamannya sambil mengelap air liurnya yang meleleh.

“Terima kasih Pak Su” balas Sham sebelum meletak telefon.

Setelah selesai segala proses tender Sham memulakan kerja di Port Dickson dengan berhemah dan teliti. Tidak mahu nama Pak Su nya busuk kerana kerja yang tidak teliti dilakukan olehnya. Sham juga berdoa agar dipermudahkan segalanya sehingga siap projek ini kelak.

6 bulan berlalu.

Kontrak di kuaters tentera Port Dickson telahpun selesai. Dan Sham telahpun mendapat bayaran akhirnya. Setelah ditolak gaji pekerja dan modal kasarnya akhirnya Sham mendapat untung bersih yang berlipat-lipat kali ganda daripada projek-projek sebelum ini.

Hati Sham berbunga-bunga. Kini Sham mampu membeli racing suit dan kasut racing yang di idamkan selama ini. Sham sangat gembira.

Kegembiraan ini harus dikongsi bersama rakan karibnya, Zack. Tak perlu telefon. Kalau buat surprise lebih mengancam.

Sambil mengenakan sepatu racing yang baru, CBR Rabbitnya ditunggang laju. Teramat laju. Tidak pernah Sham menunggang laju begini. Mungkin kerana aura kasut racing barunya membuatkan tangannya memulas throttle sehingga habis. Amat teruja untuk menunjuk kasut racing barunya pada Zack.

+++++++++++++++++++++++++++++++

“that’s was great Nina. Can’t wait to go for the second round” rengek Zack.

“gatal lah abang Zack ni” Nina mencubit manja paha Zack.

Mereka baring berpelukan di hotel bajet di pinggir kotaraya selepas meraikan hari jadi Zack yang ke 29 hari ini dan Zack telah mendapat hadiah yang dirasakan paling berharga dalam hidupnya selama ini. Dara si Nina.

Sedang leka membelai tubuh montok Nina, Zack dikejutkan dengan deringan telefon bimbitnya. Kenal amat dia akan nada dering itu. Lagu itu hanya di set untuk teman baiknya, Shamsul.

“yo dude. What’s up. Mane kau pergi berbulan-bulan tak contact aku”

“ermm maaf. Ini encik Zack ke? Saya Sarjan Bahrain dari Cawangan Trafik Kuala Lumpur. Encik kenal dengan Shamsul?”

“kenal sangat encik. Kawan baik saya. Tapi kenapa? Mana Shamsul?”

“Maaf encik, Shamsul terlibat dalam kemalangan di Jalan Istana melibatkan tiga buah kenderaan. Motosikal Shamsul berlanggar dengan sebuah lori yang terbabas selepas bergesel dengan sebuah kereta. Shamsul maut di tempat kejadian.”

Terlepas telefon dari genggaman Zack. Jantungnya bagai direntap dari tubuh. Mukanya pucat dan badannya lemah terjelepuk ke lantai. Nina terpinga-pinga.

“kenapa ni abang Zack? Siapa yang telefon?”

Zack diam seribu bahasa. Cepat-cepat dia bersiap. Nina juga turut bersiap tanpa sebarang perkataan keluar dari mulutnya. 


bersambung...

13.10.11

[cerpen] karma sepatu racing #bahagian 1

“aku mengidam lah Zack” rintih Shamsul pada Zakri, temannya yang paling rapat. Juga punya hobi yang sama iaitu ‘SUPERBIKE’.

“alamak..kau mengandung dah berapa bulan Sham? Tengah syok belek barang motor ni kau boleh mengadu kau mengidam pulak” balas Zack seloroh.

“ahh kau ni..kau tau aku tengah gilakan kasut racing tu kan..kau nampak tak? Tapi harganya buat aku fikir 10 kali nak beli..kalau aku beli jugak, tak berasap la motor aku tu gamaknya. Pakai kasut racing tapi naik LRT la aku” Sham membalas disambut dengan hilai tawa mereka berdua mengejutkan pelanggan-pelanggan lain.




Memang sejak Sham membeli motor Superbike jenis Honda CBR 1000RR Rabbit, dia memang mengidam membeli racing suit dan kasut racing.Baru setaraf dengan kawan-kawannya yang lain kalau berkonvoi. Kalau di kira dari pendapatan Sham yang bekerja sebagai kontraktor elektrik sambilan, hanyalah cukup-cukup makan. Mampu isi minyak hingga cukup bulan dan berkonvoi sebulan sekali pada hujung bulan.

Itulah rutin hidup Sham yang mahu bergaya dalam norma kehidupan sederhana. Tidak miskin dan tidak kaya. Motor yang masih berada di dalam kategori mahal ketika ini dibeli oleh Sham selepas mendapat ‘projek terpijak’ dari Pak Su nya yang juga seorang kontraktor. Dan kini Sham masih menunggu jika ada lagi projek terpijak untuk membeli kasut racing idamannya itu.

+++++++++++++++++++++++++++++++

“Abang Zack..mana kawan Abang Zack yang haritu? Apa nama dia? Abang Sham ek? Dia tu cute lah..ajak la dia lepak sekali dengan kita” Rita menggeletis menggesel-gesel tubuh gebunya pada Zack.

“ala Rita..si Sham tu bukan boleh lepak dengan kita tengah-tengah bulan macam ni. Nanti hujung bulan boleh lah jumpa dia..dah la Rita minum la lagi. Abang belanja” Zack berlagak macho sambil menonggang botol kedua Vodka Lemon tanpa ais di meja tengah berhampiran podium di Aloha Jalan P.Ramlee.

Hidup Zack dan Sham memang jauh berbeza. Berkali-kali Sham di ajak untuk melepak di kelab-kelab malam setiap hujung minggu tapi Sham memang akan mengelak. Bukan itu cara hidupnya. Tidak kiralah tengah bulan atau hujung bulan, Sham hanya akan join aktiviti Zack jika pergi berkonvoi sahaja.

Walaupun Zack menjadi idola Sham dalam bidang permotoran, tetapi hidup Zack yang hyper social itu tak mungkin sekali akan di tiru. Sham kenal batas agama. Namun begitu persahabatan mereka tak pernah renggang. Tetap utuh.

bersambung...

muka cantik mulut jahat : 1 sen tak guna

perlu ke kau mencarut bila bercakap dengan aku?

Aku sedar aku call kau mintak tolong. Aku tahu data yang aku mintak tu data setahun yang lepas. Tapi aku rasa dengan segala sistem simpanan data dalam komputer yang kita guna pakai sekarang ini, dengan sekali klik kau dah boleh dapat maklumat itu untuk aku. Tak sukar.

 aku : hello, weh tolong aku jap boleh? 

beliau yang bermulut manis : nak apa?

aku : tolong cari courier rekod bulan 10 tahun lepas untuk Company XYZ boleh? kita hantar check maybe by courier tapi dia orang tak dapat.

beliau yang bermulut manis : b*t*h apa tak dapat? kalau courier mesti dapat. bodoh ke apa?

aku : weh perlu ke kau nak mencarut?

beliau yang bermulut manis : aku bukan mencarut kat kau. nah aku dah cari. memang tak ada rekod courier.

aku : ok thanks. 

keletak! (letak gagang)


Aku tau kau banyak kerja. Tapi kau tak perlu mencarut dengan aku walau aku tahu kau bukan tujukan carutan jelek kau tu pada aku. Aku harap pertolongan ikhlas dari kau. Tapi kau tolong aku dengan caci dan maki. Padahal sebelum habis kau membebel keji tu, maklumat tu dah pun kau dapat. Keji kan? 

Aku doakan yang terbaik untuk kau. 



12.10.11

ini sumpah kelakar

tribute to arwah abang Din Beramboi



kelakar bukan? sakit perut aku tahan gelak kat opis.

10.10.11

hati resah? baliklah pada-Nya

Aku baru lepas tonton satu video yang aku rasa tak patut aku tonton. Aku menyesal sangat. Hati aku resah gundah. Bergelondang-gelondang tak tenteram. 


Video yang merakamkan saat akhir kematian dua orang mangsa kekejaman mafia di negara manaakutakpasti. Aku pernah tonton video serupa ini. Mati kena tikam, mati ditembak jarak dekat, mati gantung diri. Tapi ini sangat ngeri. Seorang mangsa mati dikelar dengan pisau sampai putus kepala manakala lagi sorang mati dipancung dengan CHAINSAW. Ya tuan-tuan, chainsaw orang potong pokok kelapa kau guna untuk potong kepala manusia. 


Mana pergi naluri kemanusiaan. Mana pergi perasaan belas kau. Dan aku menyesal sangat menontonnya. Aku terfikir-fikir sampai sekarang. Loya. Memualkan sampai aku rasa nak termuntah setiap kali teringat. 


Aku tak mahu link kamu semua ke sumber video tersebut. Aku rasa tak perlu aku kongsi perasaan tak tenteram ini dengan kamu semua. Tapi jika ada yang mahu sangat untuk menonton, tinggalkan email di ruang komen dan aku akan bagi link melalui email kamu.


Aku sarankan janganlah minta link tersebut. Ada lebih baik kau dengar bacaan ayat-ayat suci yang mampu menenteramkan hati kau. Seperti video bacaan sembahyang oleh imam muda ini. Kini jiwa aku sangat tenteram dan tenang. Terima kasih Allah.







sejuk bukan?

6.10.11

kematian STEVE JOBS membuka mata dunia

the co-founder of Apple was dead!


Pengasas produk Apple yang sangat kau banggakan tu telah mati awal pagi ini. Mendiang mati meniggalkan syarikat yang sedang gah di puncak mendahului yang lain dalam pengeluaran komputer, komputer riba, telefon pintar, telefon bimbit dan telefon jimbet. 


Mati akibat lama menanggung derita penyakit kanser pankreas memang membuka mata dunia. Siapakah yang akan menggantikan mendiang meneraju syarikat buah Apple itu nanti? Dapatkah penggantinya meneruskan legasi Apple dalam menerajui arena telekomunikasi dunia seperti yang telah dilakukan mendiang sebelum ini? Kita tunggu dan lihat.


RIP Steve Jobs.




p/s: aku masih menggunakan cokia cap kambing mana mampu nak beli apple.




sumber : gizmodo

bila kehendak melampaui batas pilihan : menjengkelkan



Perasaan yang paling aku tak suka sedang melanda


Akukah yang sangat memilih? Akukah yang sangat high taste? Akukah yang tak reti bersyukur? Atau akukah yang paling berhati murni? Akukah?


Aku tak suka perasaan ni. Selagi belum dapat apa yang dihajati, aku tak akan tenteram. Sukar untuk tidur malam bila mengenangkan apa yang akan terjadi jika aku lambat bertindak. Aku perlu bergerak sekarang. Tapi aku mati sebelum mula langkah pertama.


Akal aku beku. Otak aku tidak cair seperti selalu. 


Sebelum ni akulah yang paling laju dalam berfikir. Hatta perkara yang diputar belit aku leraikan dalam dua kelip mata sahaja. Tapi sekarang hotak aku seakan terhenti bila masalah ini berjimba di fikiran aku. Sangat menjengkelkan.


# Beli rumah 


Mungkin bagi kau perkara ni sangat tidak masuk akal untuk aku berserabut kepala begini. Tapi bagi aku ini merupakan perkara yang paling sukar untuk aku dalam membuat keputusan. Aku jadi seorang yang sangat loser dalam hal ni pada mata kau.


"apa yang susah sangat? buat senarai pro dan kontranya, buruk dan baiknya, rugi dan untungnya. aku rasa tak susah sangat.." 


Kau mungkin bergaji besar. Kau mungkin tidak perlu memikirkan sangat keluarga kau. Kau mungkin masih ada ayah untuk menjaga ibu kau. Kau mungkin tiada masalah dengan hati sendiri dalam bab pengasuh anak kau. Kau mungkin kerja berhampiran dengan tempat kerja isteri kau. Dan jika itu kau, kau tiada masalah untuk memilih rumah idaman.


Tapi aku? 


1) Aku bergaji sederhana dalam arus hidup yang sangat laju. Kenaikan gaji tidak mampu untuk mengejar kenaikan harga rumah. Aku buat kajian ok. Bukan cakap kosong. Hasil kajian aku menunjukkan rata-rata harga rumah di sekitar kawasan aku naik 30% dalam masa tiga tahun. Jika tiga tahun dulu harga rumah satu tingkat di kawasan seri kembangan berkeluasan 20' x 70' adalah RM 150,000, tahun ini harga mendadak naik sekitar RM 200,000. Ok itu aku sangat tidak mampu.


2) Aku perlu menjaga keluarga aku. Aku punya seorang isteri dan seorang anak (buat masa ini) dan aku juga masih punya ibu dan tidak punya ayah. Jadi sebagai anak lelaki yang bongsu aku rasa sudah menjadi tanggungjawab aku untuk menjaga ibu aku sampai akhir hayatnya. Tapi aku juga punya isteri yang mempunyai perasaan inginkan hidup yang lebih privacy. Jadi dalam hal ini, siapa yang harus aku menangkan? Tak mungkin aku akan menangkan diri aku sendiri. Aku tolak tepi awal-awal kehendak aku dan cuba untuk penuhkan kehendak demi memuaskan hati mereka berdua. Mampukah aku? Mampukah?


3) Aku masih belum punya kekuatan untuk membenarkan orang asing menjaga dan memantau tumbesaran anak aku di siang hari. Aku tidak berani membenarkan orang luar untuk membancuh susu anak aku yang sangat bingit suaranya bila menangis. Aku masih bergantung kepada ibu aku untuk menjaganya sepanjang peninggalan di siang hari bekerja. Jadi aku perlu punya rumah berhampiran dengan rumah ibu aku demi memuaskan hati dua-dua pihak. Ibu dan isteri. Ibu aku dapat menjaga anak kami dan isteri aku dapat hidup yang lebih privacy. Tapi boleh kau bayangkan perjalanan aku untuk ke tempat kerja lebih 100km setiap hari? Aku betul-betul bingung. 


Akukah yang sangat memilih? Akukah yang sangat high taste? Akukah yang tak reti bersyukur? Atau akukah yang paling berhati murni?


Aku harap kau dapat membantu aku dalam hal ni. Aku mengaku aku sangat loser dan tidak mampu untuk menyelesaikan masalah ini sendiri. Dan satu yang aku perlu disini, paling perlu, pengorbanan. Semoga Allah memberkati hidup kami sekeluarga dan limpahkan segala rahmatnya. Semoga Allah membuka hijab aku dalam menyelesaikan masalah ini. 




p/s: Hujung bulan ini merupakan 1st annivesary aku dengan syarikat tempat aku bekerja dan aku akan menerima kenaikan gaji yang pertama. Sekali lagi aku meminta pada tuhanku supaya diberkati rezeki yang di kurniakan kepada aku dan keluarga aku ini.


Amin. 

5.10.11

kelazatan si merah dunhill (bahagian #2)

sambungan dari bahagian #1

Mungkin kau kata tu semua alasan orang tak nak berhenti merokok. Tapi azam aku memang tinggi. Aku nak sangat berhenti merokok. Kalau dihitung duit aku beli rokok sejak hari pertama aku merokok, dah mampu bayar downpayment rumah gamaknya. Menyesal. Tapi iman aku lemah.


Selepas kahwin azam aku semakin kuat untuk berhenti. Tapi aku masih gagal. Ada yang sokong kehendak batiniah aku untuk berhenti merokok tapi lebih ramai yang mengejek-ejek hanjing. Dihulur-hulur rokok depan aku. Dihembus-hembus asap depan aku. Diketuk-ketuk kotak rokok depan aku. Tak macho katanya kalau tak merokok. Aku gagal untuk kesekian kalinya.


"nah sekarang isteri kau dah mengandung..takkan kau masih mahu merokok? kau tak ada rasa kasihan dengan isteri kau? anak dalam kandungan tu anak kau..kau masih mahu merokok?" 


Hati aku tersentap dengan soalan-soalan yang tiba-tiba bermain di fikiran aku sendiri. Semakin kuat suaranya. Semakin lantang suruhannya supaya aku berhenti merokok. Tapi iman aku masih lemah. Tak cukup kuat untuk menagkis ajakan rakan-rakan untuk ke port merokok di tangga pejabat. 


Aku simpan tekad yang kuat dalam hati aku untuk berhenti merokok sebelum anak aku menjengah dunia. Aku takkan peduli ajakan kawan-kawan aku untuk merokok selepas makan tengahari. 


Aku pilih tarikh 1 Ramadhan untuk langkah pertama yang keberapabelaskalintah untuk berhenti. Tapi dugaan yang aku hadapi bukan kecil-kecil anak. Maha hebat. Tidak ku hirau ejekan kawan-kawan tapi badan aku sendiri tak mampu menampung kekurangan nikotin yang selama ini melambak-lambak dalam badan aku. Sekotak rokok duapuluhbatang adalah bekalan minimum nikotin dan tar untuk tubuh aku dalam sehari. Bila kau berhenti mendadak, kau terimalah akibatnya.


Aku demam flat rebah lemah selama seminggu cukup. Sangat menyeksakan. Tapi aku masih berpuasa. Aku tak mampu nak angkat diri aku sendiri pun. Namun azam aku masih belum luntur. Aku cuba untuk gagahkan diri aku sebab aku percaya aku takkan mati sebab berhenti merokok. Aku membayangkan hidup yang sihat dalam kesakitan itu.


Akhirnya aku pulih dari demam flat rebah lemah selama seminggu cukup itu. Selama itu juga aku tak sentuh rokok walaupun stok rokok masih ada dalam kotak terakhir ku. Dan aku semakin sihat. Aku dah sihat dan sudah bebas dari rokok. Aku terbayang sinar kehidupan yang sihat di hari-hari mendatangku. 





Hari ini sudah lebih setahun aku berhenti dan aku rasa hidup aku semakin bling-bling. Anak aku pun sudah lahir dengan sihat sekali. Gembira. Isteri pun semakin sayang sebab bau aku dah wangi. Aku tidak lagi bergantung pada rokok untuk hidup. 


Namun aku tak pernah buang kawan-kawan aku malah nasihat dan dorongan aku hulur untuk mereka ikut jejak aku. 


Aku percaya ramai perokok menanam azam untuk berhenti tapi tidak tahu caranya. Nasihat aku, jangan ikut cara aku. Nanti kau sakit teruk. Pergi rujuk dengan yang pakar. Beli buku cara-cara berhenti merokok. Belajar dan tanamkan azam. Pilih tarikh yang terbaik supaya boleh diraikan bila tiba tahun berikutnya. Mohon pada-Nya supaya berjaya. Aku juga doakan kejayaan kau.


Percayalah kalau kau berjaya dalam sesuatu yang telah  kau cuba dengan bersungguh-sungguh, pasti kau akan berasa sangat gembira. Sangat. Aku juga gembira.






p/s: aku tulis entri ini (bahagian 1 & 2) dalam masa 1/2 jam sahaja. tiba-tiba mood menulis tu datang. aku harap mood ni akan datang lagi esok.



kelazatan si merah dunhill (bahagian #1)

Perokok tegar cubalah di tegur pasti akan melenting. Kenapa? Hak. Ini hak aku, badan aku, paru-paru aku, jantung aku, tekak aku, semua aku punya. Apa kau nak sibuk? Aku pinjam duit kau nak beli rokok?

Ayat biasa perokok tegar bila ditanya bila nak disudahkan zaman merokok kau itu. 



Aku juga dulu seorang perokok. Tegar. Cubalah dilontar soalan yang sama pasti juga melenting jika tidak kena gayanya. Hitam paru-paru aku tak mampu bayangkan. Tingkatan tiga dah pandai merokok (oh banyaknya dosa aku dengan ibu aku). 

Sanggup kumpul duit belanja sekolah. Makan sajalah di dewan makan. Kan mak dah bayar yuran asrama. Duit yang ada boleh beli rokok. Sejak itu aku merokok. Kian tegar dan semakin tegar. Habis sekolah sambung belajar di kejauhan. Jauh dari keluarga. Bertambah rancak. Kawan pun dah ramai dan duit pinjaman pun cukup untuk belanja seharian termasuk rokok.

Ah gelapnya hidup aku waktu tu. Tak fikir pun susah payah mak nak cari duit untuk belajar aku. Hujung minggu pasti telefon mak mintak bank-in duit. Tapi sebahagian saja untuk beli makanan. Sebahagian lagi untuk rokok dan sedikit hiburan. 

Bila dah mula bekerja baru aku tahu susahnya mencari duit. Kerja siang malam gaji tak besar mana. Perlu hulur kat mak juga. Mana nak isi petrol, mana nak belanja harian. Cukup ke sampai hujung bulan? Ni belum punya isteri, belum punya anak. tapi aku masih merokok. Oh..

Bukan tak punya azam untuk berhenti merokok tapi aku selalu gagal. Aku selalu gagal dalam cubaan berhenti merokok. Orang keliling aku rata-rata perokok tegar juga macam aku. Jika aku tak beli, pasti ada saja yang hulur. 


bersambung..