12.12.11

kenduri kahwin

Disember. 


Musim orang kahwin. Musim mengawan kata sesetengah orang. Aku juga kahwin bulan Disember. Ah apa ada pada bulan. Malamnya juga sama. Tetap gelap. Tetapi mata terang. Hah!


Semalam aku pergi kenduri kahwin. Majlis meraikan perkahwinan anak rakan pejabat isteri aku (officemate wife aku kahwinkan anak dia). Majlis diadakan di dewan serbaguna Presint 9, Putrajaya. Pada hemat aku yang pernah mencurah bakti selama 3 tahun lebih di Putrajaya, yang kononnya tahu segala tentang Putrajaya, selok-belok jalan shortcut, dewan serbaguna itulah yang terletak di hadapan food court Presint 9 tu. Itu yang aku tahu.


Parking yang mudah dan selesa memang sesuai untuk dijadikan tempat untuk urus kerja kahwin. Sampai pun orang dah ramai. Tapi tak ada seorang pun yang kenal. Muka semua tak familiar. Ah mungkin orang lain belum sampai. Kita masuk dewan dulu. Tapi, penyambut tetamu juga lain. Mana officemate wife aku tu? Bukan sepatutnya tuan rumah (dewan) yang menjadi penyambut tetamu?


Dengan muka separa yakin separa confuse kami pun melangkah masuk dewan. Salam tuan rumah (dewan) lebih kurang, tengok meja buffet, tengok keliling, tengok sesama sendiri. 


"Macam salah tempat je."


"Ada dewan lain ke kat Presint 9 ni?"


"Ntah."


Melabuhkan punggung di meja kosong tanpa ambil makanan. Kebetulan terjumpa 'orang yang dikenali' dan menegur sesama sendiri lebih kurang. Dia dah ambil makanan. Betul lah ni kot.


Tiba-tiba.


"Mana Kak Sal eh? Tak nampak pun muka dia?"


Eh dia pun confuse tapi yakin ambil makanan. Telefon informer sana sini, tanya lebih kurang, sah lah kami salah tempat.


"Ada lagi satu dewan kat blok pensil. Kak Sal punya majlis kat sana."


"Ceh aku ingat dah betul. Kau pun yakin ambil makanan bagai."


"Jom pergi sana."


Aku selalu gelakkan orang yang salah masuk majlis kahwin. Dalam hati, eleh salah tempat ke nak makan free. Sekarang aku sendiri kena. Malu. Padan muka aku. 

No comments:

Post a Comment