Selalu suaminya yang akan menjemput di tempat kerja tetapi tidak hari ini. Kebetulan ada kerja luar yang perlu diselesaikan. Jadi Milah perlu berjalan kaki dari tempat bas berhenti. Jalan yang perlu ditempuh adalah satu-satunya jalan ke rumahnya. Melalui kawasan tanah perkuburan.
"Ah apa nak takut. Hari masih siang. Baru pukul 6.30 petang."
Milah menenangkan hatinya yang sedikit berdebar ketika melalui kawasan itu. Sambil menyanyi-nyanyi kecil di dalam hati, Milah dapat rasakan hari itu lain sangat. Sunyi.
"Kenapa hari ni sunyi sangat. Selalu ada saja budak-budak berkejaran basikal petang-petang macam ni."
Bulu tengkok mula meremang. Tiada lagi siulan kecil dalam hatinya. Yang ada hanyalah doa-doa hafazan yang terlintas di kepala. Langkah dipercepatkan. Rumahnya terlalu jauh dirasakan. Semakin cepat langkahnya semakin kuat debar hatinya.
Dalam ketakutan yang semakin kuat akhirnya Milah lega bila terlihat seorang lelaki muda berbasikal dari arah belakang menuju arah yang sama dengannya.
"Encik..encik..boleh temankan saya jalan tak? Saya takut."
"Erm ok." lelaki itu turun dari basikal dan berjalan bersama-sama dengan Milah. Lega.
"Panggil je Amran. Nama awak siapa?"
"Saya Kamilah. Menyewa kat rumah Nek Salmah hujung jalan ni."
"Selalu ke jalan sorang macam ni?"
"Taklah. Selalu suami datang jemput."
Mereka berbual mesra. Seperti sudah lama kenal. Milah juga rasa pelik kerana mereka terlalu mudah mesra. Milah semakin selesa. Begitu juga Amran.
"Seronok berbual dengan awak Amran. Saya rasa selesa sangat. Tapi saya tak pernah nampak awak di kawasan ni sebelum ni."
"Yang tu awak tak perlu tahu. Yang penting kita seronok bersama. Saya suka perasaan ni."
"Saya pun sama Amran. Tapi saya dah kahwin."
"Saya tahu. Kenapalah saya tak jumpa awak dulu. Masa saya masih hidup dulu."
Amran berlalu pergi di celah-celah nisan dan hilang dari pandangan meninggalkan Milah yang hampir pitam.
+ wwooooo....seram beb!!...
ReplyDeleteko tunggu citer hantu aku pulak. lagi seram.. tahap tak boleh tido..
susah giler nak mengarang cerpen macam kau. dari 2 minggu lepas tak siap2.. peram dalam draf.
argh!!!... copy masuk pandrive.. mlm karang, karang cerpen. baru feel seramm..!!. hehehe..
caiyok2! cepat siapkan..nak baca..
ReplyDelete