“Ni kalau takde eksiden mesti ade
roadblock. Kecoh betul depa ni tengah-tengah malam buat roadblock. Sial!”
bentak Joshua dengan nada geram sambil menghentak sterengnya.
Marah
Joshua siang tadi pada majikannya bertambah dua kali ganda malam ini dengan
keadaan jalanraya yang sesak begini. Bosnya, Encik Amirul Adzman Solahuddin
Al-Ayubi Bin Jusoh memintanya hadir ke mesyuarat tapak di Kota Tinggi esok
pagi.
“Si bos ni pun satu, Bagitau la
awal-awal. Dah lewat petang baru inform. Sudahnya aku yang kelam kabut. Celaka”
Joshua bermonolog seorang diri.
Jalan
masih sesak. Bergerak seperti siput babi pulang petang. Baru masuk Melaka. Jam
sudah tegak 12 tengah malam. Mata semakin mengantuk. Memandu seorang diri tengah-tengah
malam macam ni memang mencabar. Dia digoda kantuk. Dibuai letih. Dihimpit antara
tanggungjawab dan bayangan bantal kekabu empuk.
“Ini kalau aku terus ikut highway
ni, lusa pun belum tentu sampai Kota Tinggi. Baik aku ikut jalan dalam”
Joshua
kilas sterengnya ke susur keluar Pedas-Linggi yang kebetulan berada kurang 20
meter dihadapannya. Biarpun dia langsung tidak tahu selok belok jalan dalam
dari Melaka ke Kota Tinggi, tapi dia percaya dengan GPS yang tersergam atas di
dashboardnya mampu membawanya ke sana dengan selamat, cepat dan betul. Amboi
macam slogan polis pulak.
“Aku ada GPS apa nak takut. Lagipun
signboard banyak. Pusing-pusing pun kat sini jugak. Takkan sesat sampai ke
Kelantan kot” Joshua tergelak kecil dengan lawaknya
yang tak berapa kelakar itu.
Selepas
membayar tol, Joshua meneruskan perjalanan dengan membelok ke kanan di simpang
tiga berlampu isyarat itu. Suasana di jalan ini lain benar dengan di lebuhraya
tadi. Hiruk pikuk pemandu menekan hon, memaki hamun dan menyumpah seranah yang
dilihatnya sepanjang memandu di lebuhraya tadi tiada di sini. Jalan dalam lebih
aman damai tanpa kenderaan yang banyak. Malah malam ini bilangan kenderaan di
atas jalan raya boleh dikira dengan jari.
“Agaknya sebab dah pukul 12 kot.
Lagipun esok hari bekerja. Siapa pulak nak ronda-ronda tengah-tengah malam
macam ni. Aku ni lain la, itupun nasib baik bos bagi advance RM300 dan kereta
pejabat. Kalau tak jangan harap aku nak pergi”
Joshua seperti berborak dengan diri sendiri bagi menghilangkan sunyi.
Tiba
di satu persimpangan, GPSnya bersuara lantang.
“IN
100 METER, TURN LEFT”
“Pundek punya GPS. terkejut aku”
Joshua yang sedang mengelamun melayan dingin malam tersentak dengan suara
wanita dalam alat GPSnya yang ala-ala Lady Gaga itu.
Setelah
memberi isyarat, Joshua membelok ke simpang yang di minta oleh GPSnya tadi.
Tidak sampai 1km, suasana seakan berubah. Bermula dengan lampu jalan yang
tiba-tiba ada (selepas keluar dari highway tadi memang tiada lampu jalan
langsung) dan kenderaan yang semakin banyak. Rumah-rumah di kiri kanan jalan
terang benderang seperti mahu menyambut hari raya lagak gayanya. Dalam
kehairanan yang amat sangat, terpalit juga sedikit perasaan lega.
“Nasib baik ada orang kat kampung
ni. Senang aku nak mintak tolong kalau ada apa-apa”
Bagaikan
masin mulutnya, tayar belakang kiri kereta Toyota Hiluxnya itu tiba-tiba
meletup. Joshua sedaya upaya mengawal sterengnya agar tidak terbabas ke longkang
besar di tepi jalan. Akhirnya dia dapat berhenti dengan selamat di bahu jalan.
“Ahh cilaka. Menyesal aku sebut
tadi. Dah la kereta ni takde tools nak bukak tayar. Babi. Babi. Cibai”
Joshua
memaki-hamun kereta syarikatnya dengan penuh sesal. Sesal kerana mulutnya yang
celupar itu, dia tersadai di tepi jalan kini. Mujur ada kampung. Setelah
meninjau-ninjau keadaan sekeliling, Joshua ternampak sebuah kedai kopi lebih
kurang sepelaung jauhnya.
“Cik, boleh tumpang tanya. Tayar
kereta saya meletup kat sana. Kalau boleh saya nak mintak tolong sesiapa.
Kot-kot ada tools ke, jack kereta ke untuk bukak tayar tu. Kereta bos saya tu
langsung takde apa” Joshua menegur seorang wanita yang
sedang duduk membelakanginya.
Hanya
perempuan itu yang ada di kedai itu ketika itu. Sebaik berpaling, Joshua
bagaikan terpana dengan keanggunan dan kejelitaan wanita berambut panjang lurus
separas pinggang itu. Wajahnya bagaikan bercahaya dan berseri-seri bagai
bidadari yang turun dari kayangan. Tubuhnya langsing tinggi persis ratu kebaya
tahun 80-an. Daging separa sferanya ditenung Joshua tanpa berkelip. Pejal.
“Suami saya ada kat rumah. Tak jauh
dari sini. Abang ikut saya” kata wanita itu dengan
suara yang lemak berkrim disukai Joshua. Jari telunjuknya menguit-nguit menarik
Joshua membuntuti wanita itu secara rapat.
“Abang duduk dulu, saya panggil
suami saya. Ada di dalam bilik agaknya”
Joshua
kehairanan. Tengah-tengah malam isteri pergi minum di kedai kopi, suami tidur
di rumah. Pelik.
Rumah
wanita ini besar dan tinggi. Hanya satu tingkat tapi silingnya tinggi. Seluruh
rumah ini dicat dengan warna putih. Tiada gambar keluarga atau gambar
pemandangan digantung di dinding. Tiada jam, tiada televisyen. Yang ada hanya
sofa dan meja kopi yang besar. Sofanya juga besar. 12 tempat duduk mengelilingi
ruang tamunya. Segala-galanya berwarna putih.
“Pelik betul. Sudahlah besar,
wanginya lain macam”
“Abang, tolong
bang. Suami saya tak sedarkan diri. Dia tak bernafas” kedengaran suara
cemas wanita itu dari dalam bilik.
Joshua segera mendapatkan wanita itu. Namun, tiada
langsung kelibat “suami” yang disebut-sebutkannya. Tetapi satu pandangan yang lebih
menarik yang langsung tidak diduga Joshua kini betul-betul di hadapannya. Di
penjuru bilik, kelihatan wanita itu berdiri dengan tubuh yang putih gebu tanpa
dibalut waima sehelai benang. Bagaikan mahu terkeluar biji mata Joshua melihat daging-daging
segar dan segitiga illuminati yang menghayalkan itu.
“Abang marilah
sini. Saya sunyi.” wanita itu merengek minta dibelai.
Joshua seperti disampuk hantu. Dengan mulut terlopong dan
air liur meleleh, Joshua melangkah menghampiri wanita itu. Baru sahaja ingin
menyentuh, kedua-dua daging segar itu mengeluarkan cahaya yang menyilaukan. Terlalu
terang sehingga menyakitkan mata. Cahayanya bergerak-gerak ke kiri dan kanan. Serentak
dengan itu juga, kedengaran pintu rumah wanita itu di ketuk berkali-kali dengan
kuat. Joshua terkesima.
+++
TOK. TOK. TOK. TOK. TOK.
“Hah hidup lagi
rupanya. Ingatkan dah mampos. Bangun la hoi apahal kau tidur dalam kereta
tengah-tengah jalan ni. Bukak tingkap ni!”
Kelihatan lebih kurang 20 orang termasuk tiga anggota
polis trafik mengerumuni keretanya. Masing-masing dengan lampu picit di tangan.
Joshua masih lagi di atas lebuh raya. Tiada kenderaan di hadapannya tetapi di belakang
bagaikan pesta. Joshua tertidur di dalam kereta semasa jalan jem tadi.
Dia masih di situ. Susur keluar Pedas-Linggi kurang 20
meter di hadapannya. Dan seluarnya basah melekit.
“Celaka!”