“Kau yakin ke
Tajul?”
“Ini saja
caranya. Aku tak nampak jalan lain dah”
“Tapi ini kerja
gila Tajul. Kerja gila!”
“Kalau kau takut
kau boleh berambus. Biar aku gali sorang-sorang”
“Tapi Tajul, kau
kawan aku. Aku tak rasa benda yang kau nak buat ni betul”
“Kau boleh tak
jangan jadi penakut sangat. Suri dah mati. Dia takkan bangun cekik leher kau la
sial. Lagipun takkan ada orang tahu kalau kau tak bukak mulut.”
Cinta Tajul pada
Suri sangat dalam tetapi ditentang hebat keluarga Suri. Bagi Tajul, ini sahaja
caranya unuk dia bersama Suri selama yang dia mahu.
Suri baru sahaja
dikebumikan petang tadi. Dia mati bunuh diri. Suri tidak tahan tekanan dari
keluarganya yang mendesak supaya berkahwin dengan Dol Basir anak orang kaya
Kadir sedangkan cintanya pada Tajul cukup dalam. Malah maut juga tidak mampu
memisahkan mereka.
“Kau nampak
mayat Suri kat dalam tu Saad? Aku cuma mahu bersama dengan Suri sepanjang hayat
aku. Kami dah berjanji untuk sehidup semati. Sekarang dia dah mati. Sekejap lagi
malaikat akan datang menyiksa dia. Aku akan melindungi Suri” mengalir air mata
Tajul ketika berpelukan dengan Saad.
“Tapi Tajul…”
nafasnya tersekat. Dia tidak mampu untuk meneruskannya.
“Takpe Saad. Kau
jangan risaukan aku. Sekarang aku masuk. Kau ambil cangkul ni dan tanam kami.
Aku dah janji dengan Suri, hidup mati, kami tetap akan bersama.”
No comments:
Post a Comment