7.7.11

(Gambar) Nur Khayra Nashwa #1

Assalamualaikum..

entry hari ni mungkin adalah yang paling dinantikan oleh Puan Oya dan Cik Fai dan mungkin jugak si abah amrafahan (geram gua tengok anak-anak lu berlari-lari..rasa nak culik je sorang) dan untuk pembaca yang lain-lain jugak. mane yang tahu, tahu lah. mane yang tak tahu gua nak bagitahu yang gua ni ada seorang anak perempuan umur 6 bulan sekarang ni. tapi sampai sekarang gua masih belum masuk pon gambar beliau dalam blog ni. so harini adalah harinya dan dengan banglanya(saja typo error..kalau nak taip betul je semua baik baca buku teks sekolah) gua mempersembahkan :

I
I
I
v
v

NUR KHAYRA NASHWA

fresh from perut mama

tarikh : 6 Januari 2011
waktu : 5.45 petang
berat : 3.22 kg
lokasi : hospital serdang


actually masuk labour room pukul 7 pagi lagi. gua dapat masuk dalam pukul 8 lebih kurang. time tu dah sakit-sakit dah. masuk tengahari sakit dah makin teruk. doktor cek bukaan baru 3cm. pukul 3 petang cek lagi baru 4cm. aik macam mane ni. dah lama sangat dah ni. pukul 5 petang doktor kata dah boleh keluar. teran-teran tak mau jugak. wife gua dah mintak operate dah time ni. last-last heartbeat baby turun. doktor cakap kene vakum kalau tak baby boleh lemas. time ni gua diminta keluar tak boleh tengok prosedur diorang nk memvakum. 15 minit lebih kurang,akhirnya keluar jugak anak gua. bayangkan dari pukul 7 pagi sampai 5.45 ptg tahan sakit. gua pulak tahan lapar. tapi hasilnya memang berbaloi-baloi.

2nd day kat hospital serdang. 

muka memang innocent sungguh anak gua ni. macam bapaknye jugak. 

dah balik rumah


yo..yo..what's up!


tolong bukak bedung ni boleh tak?gatal ketiak la..


dah pandai mengorat dah..sape ajar ni?mama ek?


muak layan gambar? kite berhenti setakat ni dulu ye para penonton sekalian.untuk makloman semua, sekarang anak gua dah 6 bulan.so ni memang gambar lama-lama.nak gambar baru?nantikan sambungannya.

to be continued..


1 comment: