28.12.11

sinisduabelas 9 : percuma

jangan percaya dengan makanan percuma. mungkin ada udang yang disimpan si pembelanja.

22.12.11

[cerpen] Gay

"Sana sini orang cakap pasal budak gay melayu tu."


"Ntah apa benda la diorang ni. Tak perlu nak kutuk-kutuk budak tu. Dah naluri dia macam tu. Kan lebih elok doakan dia kembali ke jalan yang benar."


"Tu la pasal. Kutuk banyak-banyak lagi esok kena batang hidung sendiri baru padan dengan muka. Baru tahu langit tinggi rendah. Kutuk-kutuk orang ntah-ntah anak sendiri pun main belakang."


Berdekah-dekah ketawa mereka di dalam ruang pejabat yang kecil itu. Hubungan Dato' Azman dan Hazry bukan setakat majikan dan pekerja malah lebih kepada rakan karib. Terlalu akrab. Apa saja dikongsi bersama. 


"Ok lah Dato'. I ada kerja nak settle ni."


"Ah kau ni macam baru kenal aku sehari dua. Lagipun bukan ada staff lain dalam bilik aku ni. Panggil Azman sudah la. Kalau kau malu, panggil saja Abang Man."


Sekali lagi berderai gelak ketawa mereka. 


Seketika kemudian suasana menjadi sunyi. Bahkan suara mereka berbual juga tiada. Ketawa juga tiada. Amira, setiausaha Dato' Azman merasa sedikit curiga. 


"Ah sudah. Semput dia dah datang lagi la tu. Hish Dato' ni. Selalu sangat macam ni."


Amira menyediakan ubat dan inhaler untuk Dato' Azman dan dihantar masuk ke biliknya. Sekali lagi Amira pelik kerana tidak nampak kelibat Dato' Azman dan juga Hazry. 


Yang ada hanyalah kerusi Dato' Azman menghadap ke belakang sedang bergoyang-goyang dan sayup-sayup suara seperti orang sedang mengerang.


"Ah sudah.."

15.12.11

sinisduabelas 8 : rezki



kenapa perlu ganggu dia kalau kau takda kerja?


kau ingat dia suka?

14.12.11

sinisduabelas 7 : hujan

hujan membawa seribu rahmat.


mungkin dua ribu kecelakaan.


kepada yang selalu menyumpahnya.

[cerpen] Perkuburan


Selalu suaminya yang akan menjemput di tempat kerja tetapi tidak hari ini. Kebetulan ada kerja luar yang perlu diselesaikan. Jadi Milah perlu berjalan kaki dari tempat bas berhenti. Jalan yang perlu ditempuh adalah satu-satunya jalan ke rumahnya. Melalui kawasan tanah perkuburan.

"Ah apa nak takut. Hari masih siang. Baru pukul 6.30 petang." 

Milah menenangkan hatinya yang sedikit berdebar ketika melalui kawasan itu. Sambil menyanyi-nyanyi kecil di dalam hati, Milah dapat rasakan hari itu lain sangat. Sunyi. 

"Kenapa hari ni sunyi sangat. Selalu ada saja budak-budak berkejaran basikal petang-petang macam ni."

Bulu tengkok mula meremang. Tiada lagi siulan kecil dalam hatinya. Yang ada hanyalah doa-doa hafazan yang terlintas di kepala. Langkah dipercepatkan. Rumahnya terlalu jauh dirasakan. Semakin cepat langkahnya semakin kuat debar hatinya.

Dalam ketakutan yang semakin kuat akhirnya Milah lega bila terlihat seorang lelaki muda berbasikal dari arah belakang menuju arah yang sama dengannya. 

"Encik..encik..boleh temankan saya jalan tak? Saya takut."

"Erm ok." lelaki itu turun dari basikal dan berjalan bersama-sama dengan Milah. Lega.

"Panggil je Amran. Nama awak siapa?"

"Saya Kamilah. Menyewa kat rumah Nek Salmah hujung jalan ni."

"Selalu ke jalan sorang macam ni?"

"Taklah. Selalu suami datang jemput."

Mereka berbual mesra. Seperti sudah lama kenal. Milah juga rasa pelik kerana mereka terlalu mudah mesra. Milah semakin selesa. Begitu juga Amran. 

"Seronok berbual dengan awak Amran. Saya rasa selesa sangat. Tapi saya tak pernah nampak awak di kawasan ni sebelum ni."

"Yang tu awak tak perlu tahu. Yang penting kita seronok bersama. Saya suka perasaan ni."

"Saya pun sama Amran. Tapi saya dah kahwin."

"Saya tahu. Kenapalah saya tak jumpa awak dulu. Masa saya masih hidup dulu."

Amran berlalu pergi di celah-celah nisan dan hilang dari pandangan meninggalkan Milah yang hampir pitam.  






12.12.11

sinisduabelas 6 : otak

teruja bila berjumpa dengan orang yang berfikir menggunakan kaki.


otak hanya hiasan.

sinisduabelas 5 : kurap

"gatal tangan kananlah"


"masyuuk"


"mana kau tahu?"


"biasalah. eh apa tu?"


"kurap"

kenduri kahwin

Disember. 


Musim orang kahwin. Musim mengawan kata sesetengah orang. Aku juga kahwin bulan Disember. Ah apa ada pada bulan. Malamnya juga sama. Tetap gelap. Tetapi mata terang. Hah!


Semalam aku pergi kenduri kahwin. Majlis meraikan perkahwinan anak rakan pejabat isteri aku (officemate wife aku kahwinkan anak dia). Majlis diadakan di dewan serbaguna Presint 9, Putrajaya. Pada hemat aku yang pernah mencurah bakti selama 3 tahun lebih di Putrajaya, yang kononnya tahu segala tentang Putrajaya, selok-belok jalan shortcut, dewan serbaguna itulah yang terletak di hadapan food court Presint 9 tu. Itu yang aku tahu.


Parking yang mudah dan selesa memang sesuai untuk dijadikan tempat untuk urus kerja kahwin. Sampai pun orang dah ramai. Tapi tak ada seorang pun yang kenal. Muka semua tak familiar. Ah mungkin orang lain belum sampai. Kita masuk dewan dulu. Tapi, penyambut tetamu juga lain. Mana officemate wife aku tu? Bukan sepatutnya tuan rumah (dewan) yang menjadi penyambut tetamu?


Dengan muka separa yakin separa confuse kami pun melangkah masuk dewan. Salam tuan rumah (dewan) lebih kurang, tengok meja buffet, tengok keliling, tengok sesama sendiri. 


"Macam salah tempat je."


"Ada dewan lain ke kat Presint 9 ni?"


"Ntah."


Melabuhkan punggung di meja kosong tanpa ambil makanan. Kebetulan terjumpa 'orang yang dikenali' dan menegur sesama sendiri lebih kurang. Dia dah ambil makanan. Betul lah ni kot.


Tiba-tiba.


"Mana Kak Sal eh? Tak nampak pun muka dia?"


Eh dia pun confuse tapi yakin ambil makanan. Telefon informer sana sini, tanya lebih kurang, sah lah kami salah tempat.


"Ada lagi satu dewan kat blok pensil. Kak Sal punya majlis kat sana."


"Ceh aku ingat dah betul. Kau pun yakin ambil makanan bagai."


"Jom pergi sana."


Aku selalu gelakkan orang yang salah masuk majlis kahwin. Dalam hati, eleh salah tempat ke nak makan free. Sekarang aku sendiri kena. Malu. Padan muka aku. 

8.12.11

sinisduabelas 3 : kaya

apa guna senang dan kaya jika mendapatnya hanya dengan menindas orang lain.

sinisduabelas 2 : tua

aku tidak mahu menjadi orang tua yang menjengkelkan. jika aku sempat tua.

sinisduabelas 4 : sistem

jika diwujudkan sistem baru haruslah lebih memudahkan bukan menyusahkan - dedicated to RapidKL

7.12.11

sinisduabelas 1 : Pantang

Paling pantang bila aku bercakap dengan kau tapi kau buat tak tau. 

6.12.11

[cerpen] Amerika di Malaysia

“Kita ni hidup bermasyarakat Syam. Dah memang menjadi tabu dalam masyarakat kita di sini. Kau kena jaga sikit tingkah laku kau. Orang sekeliling memandang.”


“Alah mama jangan nak berlagak baik la. Mama pun tak kurang hebat. Bukan Syam tak tau. Dulu masa di Amerika mama tak lekang dari pelukan lelaki muda mat saleh. Dasar kougar mahu menasihati anak buaya.”

Syam berlalu meninggalkan mama panggung kepala sendirian. Terdakap dalam pelukannya gadis genit bernama Melia. Habuan menang taruhannya malam tadi di kasino rahsia milik Jeffry  anak Dato’ Zainal.

++

“Ahh sialan. Mane pergi luck aku. Asyik kau je menang.”

“Mungkin hari ini hari bertuah aku Jeff. Aku dapat semua cash termasuk Tag Hauer kau, Galaxy Note si Remy dan  Iphone si Zairi. Kah kah kesian korang. Lain kali nak berjudi bawak cash banyak sikit. Tak payah nak bergolok gadai bagai. Ini tidak. Bawak setakat dua ribu sekejap je aku setelkan.”

Remy, Zairi dan Jeff masing-masing memandang Syam dengan muka mencuka.

Kecuali Melia.

Pandangannya lain macam. Sinar dari bola matanya bagaikan membawa angin membisikkan sesuatu ke telinga Syam. Penampilannya dalam dress seksi dengan pangkal payudara separuh terdedah itu membuatkan nafasnya naik turun menahan gejolak nafsu.

“Ok kita try lagi satu round. Mana tau korang dapat balik barang-barang korang ni. Tapi kalau aku menang aku nak Melia.”

“Kau elok sikit Syam. Aku cekik kau kang. Melia ni steady girlfriend aku sekarang.”

“Eh rilek la Jeff. Aku kata kalau aku menang. Lagipun aku nak pinjam satu malam je. Esok aku pulangkan la. Itupun kalau dia nak balik kat kau.”

Bagai nak pecah kasino rahsia itu dengan deraian gelak tawa mereka kecuali Jeffry yang masih mencuka.

Dan jerat yang dipasang malam itu mengena. Melia berjaya dirampas dengan tenang dari tangan Jeffry untuk di bawa pulang. Jeffry hanya mampu memandang kedua-dua mereka berlalu pergi. Kini dendamnya pada Syam mula menebal apabila setiap gadis yang mendampinginya pasti akan dirampas oleh Syam. Itu pasti.

Dia mula merancang untuk membalas dendam. Dan rancangannya itu akan di tunaikan hari ini juga.

++

Syam masih jengkel dengan teguran mamanya tadi. Bertambah jengkel bila dia terpaksa menghantar Melia pulang ke pangkuan Jeff.

“Syam, tolong jangan hantar I balik pada Jeff. I nak stay dengan you. Si Jeff tu ganaslah. I tak suka. Dia selalu ikat-ikat I sebelum nak projek. Segala gari, tali dan macam-macam lagi dia guna. Nafsu dia lain macam. Habis seluruh tubuh I digigitnya. Dah macam zombi dalam cerita Hantu Zombijaya balik Cyberjaya tu. I tak suka la. Sakit. Ngeri kalau nak difikirkan. I suka dengan you. You tahu apa yang I nak. I suka.”

"Jadi sekarang ni you nak pergi mana kalau tidak ke rumah Jeff?”

“I nak balik rumah you. Kita marathon hari ni. I akan bagi servis terbaik untuk you.”

Hari yang tadinya dirasakan kelabu kini cerah kembali. Untuk hari ini, dan hari-hari berikutnya dia akan dapat mengulit tubuh Melia puas-puas.

Sebaik pintu rumah dibuka Syam dapat menghidu sesuatu yang tidak kena. Lain macam sangat rasanya. Perasaannya bagai ada makhluk asing yang masuk kedalam rumahnya. Dengan kebenaran.

Habis segala pintu dibuka dan segala sudut dirumahnya diteroka untuk mencari makhluk asing itu. Dan akhir sekali, pintu bilik mama yang tidak berkunci. Bagai nak pitam apabila terlihat sepasang manusia yang sangat dikenalinya sedang begomol mesra di atas katil tanpa seurat benang menutupi tubuh mereka.

"Jeff apa kau buat ni? Dia mama aku!”  



Nota kaki :
1) saje gatal-gatal tangan menulis untuk Fixi. Contest (untuk memenangi novel dari Fixi :KELABU) dah tamat pun. nak baca penyertaan peserta lain dan pemenangnya sila klik sini

2) sebenarnya aku baru tau ade contest ni hari ni. aku yang terlambat. 
*tampar pipi sendiri*

2.12.11

[cerpen] Mandul


“Happy Annivesary Sayang” satu kucupan mesra singgah di pipi Farah.

“Abang, dah 4  tahun kita kahwin. Dan tiap-tiap tahun kita sambut anniversary berdua je. Saya sunyi la bang”

“Kita dah berusaha kan. Tapi masih belum ada rezeki. Sabarlah. Awak jangan cepat putus asa dan jangan stress sangat. Tuhan tu maha adil. Esok lusa mana tahu rezeki kita” Farid mematikan perbualan.

Farah tunduk sayu.

Setiap hari menghabiskan masa di rumah seorang diri sementara Farid keluar bekerja. Sunyi. Bukan hidupnya tidak bahagia. Malah segala mak nenek keperluan sudah Farid sediakan agar Farah tidak berasa sunyi di rumah. TV LCD 42 inci, DVD player, Astro, XboX, Internet sebutlah apa saja semua ada. Tapi apa yang Farah mahukan adalah suara tangisan anak sendiri. Kepingin sangat.   

***************

“Apehal kau ni Farid? Muka layu je datang ofis. Semalam kau cuti sambut anniversary, hari ni muka sedih macam ni apehal? Tak dapat ke semalam?” Kamal berseloroh.

Kamal merupakan rakan baik Farid di pejabat. Segala rahsianya diceritakan kepada Kamal. Dia jugalah tempat mengadu nasib susah senang sedih gembiranya. Kamal memang boleh dipercayai.

“Aku tiap-tiap hari dapatlah. Tapi tu lah. Kau pun tau kan wife aku tu. Sedih sangat sebab sampai sekarang kami masih belum ada anak. Sampai aku pun jadi stress”

“Aku cadangkan kau pergi buat medical checkup la Farid. Tengok tahap kesihatan kau tu. Minta nasihat doktor”

Cadangan Kamal seperti angin lalu pada Farid. Dia masih lagi termenung memikirkan nasibnya. Padanya Tuhan tu maha adil. Suatu hari nanti pasti ada rezekinya. Dia berserah.

“Ni ada pesanan dari bos. Semalam kau cuti bos buat meeting tergempar. Minggu depan semua orang kena keluar ke tapak projek. Kau kena tengok site kita di Kuching. Haha padan muka kau. Aku kena area KL je” Kamal menyampaikan pesan seraya berlalu meninggalkan Farid termenung keseorangan.

“Cis bos ni pun. Apehal yang jauh bagi kat aku? Damn!” Farid membebel sendiri.

*****************

“Hello abang. Asslamualaikum. Internet buat hal la bang. Dari tadi asyik connection error je. Puas dah saya cucuk cabut cucuk cabut kabel internet ni masih tak mahu juga. Saya boring la bang takde internet. Abang balik lagi dua minggu. Apa saya nak buat sorang-sorang”

“Erm ye ke. Kesiannya isteri abang ni. Esok abang suruh Kamal datang repair internet tu ye”

“Ok bang. Thanks” Farah mematikan talian.

Kesempatan bersendirian digunakan Farid untuk pergi berubat. Ramai kawan-kawan cakap ada satu doktor pakar sakit tuan yang tersohor di Kuching ni. Ubatnya bagus. Keberkesanannya terbukti. Yang lemah kini sudah kuat. Yang tunduk kini sudah tegak berdiri.

“Encik Faghid. Daghi luaghan kau sik ada masalah. Kau mampu. Tapi dalaman kau sangat lemah. Air mani kau kosong. Sperma kau langsung tidak bermaya mahu tembus ovum isteri kau. Jadi persenyawaan sik dapat berlaku. Sebab tu kau masih belum ada anak sampai sekarang. Kau mandul” doktor memberi penerangan terperinci kepada Farid.

Terlopong. Farid benar-benar lemah mendengarkan penerangan doktor tersebut. Pandangannya menjadi kelam. Segalanya dirasakan gelap segelap masa hadapannya yang sudah boleh dijangkakan. Tidak akan ada tangisan bayi di dalam rumahnya. Dia dan Farah tidak mampu untuk menimang cahaya mata sendiri. Celaru. Tak tahu apa nak difikirkan.

*****************

 “Assalamualaikum Farah. Semalam Farid suruh saya datang repair internet” Kamal memulakan ayat sebaik sahaja pintu dibuka.

Kebetulan Farah baru saja lepas mandi. Masih berkemban kain batik dengan tuala kecil menutupi sebahagian dadanya. Sebahagian lagi masih terdedah. Dengan tersipu-sipu malu Farah berlari anak ke dalam bilik.

Kini dada Kamal pula berdegup kencang. Bagai nak meletup bila melihat tubuh montok Farah di dalam kain batik separa basah itu tadi. Sudah lama dia tidak merasa nikmat sebegitu sejak dia putus dengan tunangannya 3 tahun lalu.

Ketika itu hidup Kamal agak bebas. Tinggal sebumbung bagai suami isteri. Malah jiran-jiran juga menyangka mereka adalah pasangan suami isteri. Tak perlu bimbang. Terlanjur? Banyak kali. Kini Kamal menyepi setelah ditinggalkan tunangnya selepas dia memilih untuk berkahwin dengan teman lelaki barunya.

“Ahh lantak kau lah. Aku dah rasa setiap inci tubuh kau. Aku tak rugi apa-apa” bisik hati Kamal.

“Eh abang Kamal kenapa tercegat macam tiang lampu kat luar tu? Masuklah. Panaslah kat luar” Farah sedikit terkejut setelah melihat Kamal masih lagi berdiri di muka pintu.

Fikiran Kamal masih merewang. Terbayang kejadian sebentar tadi di mana Kamal dapat melihat liuk bentuk tubuh Farah berkemban. Hatinya tidak tenteram. Kini walaupun Farah sudah berpakaian lengkap, Kamal masih belum mampu bernafas dengan betul. Hampir terlupa tujuan asalnya kemari.

“Ah ini kacau. Mintak dijauhkan. Dia isteri kawan baik aku” Kamal berdoa dalam hati.

Nafsunya membuak-buak. Iman sudah hampir tiada. Akal juga kalah. Syaitan bermaharajalela.

******************

“Hari ini genap dua minggu aku kat Kuching ni. Tak sabar nak balik jumpa isteri. Tapi aku tak sanggup nak sampaikan berita sedih ini. Apalah agaknya reaksi Farah nanti” Farid serba salah.

Nak tak nak dia perlu gagahkan juga. Ini semua demi masa depan keluarganya. Mungkin selepas ini mereka akan mengambil anak angkat sebagai penyeri rumah tangganya.

Tapi mampukah Farah menerimanya? Menerima takdir bahawa suaminya mandul? Tidak mampu memberi zuriat kepadanya? Bagaimana jika Farah minta cerai? Farid benar-benar buntu.

Kini Farid sudah tercegat di muka pintu. Farah tidak diberitahu dengan tepat tarikh kepulangannya. Mahu bikin surprise katanya. Rantai emas yang dibeli di Kuching disimpan rapi di dalam beg bimbitnya. Harapnya dengan hadiah ini Farah dapat menerima berita buruk yang dibawanya dengan hati yang tenang.

 “Assalamualaikum”

Farah yang dari tadi asyik melayan Facebook di internet melompat bangkit setelah mendengar suara suaminya member salam. Gembiranya tidak terkata. Ada berita baik yang ingin disampaikan kepada suaminya. Berlari dia membuka pintu. Tidak sabar.

“Kenapa abang balik tak bagitau. Boleh saya masak sedap-sedap. Saya ingat abang balik esok. Hari ni saya masak simple je untuk saya sorang” Farah menyambut kepulangan suaminya dengan gembira yang bukan kepalang. Apatah lagi untuk menyampaikan berita yang bakal menggembirakan hati suaminya. Dia tahu itu.

“Abang ada belikan hadiah untuk Farah” dengan wajah yang sedikit sugul Farid mengeluarkan kotak rantai emas dari dalam beg bimbitnya.

“Cantiknya bang. Saya suka sangat. Abang…saya pun ada hadiah untuk abang” Farah tersenyum lebar ketika Farid mengacukan rantai emas itu ke lehernya.

“Nah bang” Farah menghulur ‘hadiah’nya kepada Farid sambil berbisik manja ke telinga suaminya itu.

“Mungkin ini berkat malam annivesary kita hari tu”

Serta merta lutut Farid menjadi lemah. Tangannya menggeletar melihat pregnancy test kit yang menunjukkan tanda positif. Farah mengandung.

Farid terduduk sambil terlihat di skrin laptop isterinya, tertera wall page facebook si Kamal.

Syaitan!