21.6.11

Blog-blog kegemaran gua

Sepanjang gua berhenti sekejap daripada posting entry, gua menjadi seorang pembaca yang sangat bagus. Kalau ambil exam SPM buat karangan bahasa melayu sekarang ni mesti dapat 100 markah sebab gua sangat banyak membaca lebih daripada bercakap. Eh pernah ke karangan dapat 100 markah? Bukannya menjawab soalan matematik kalau betul dapat markah kalau salah dapat maki. Eh dapat pangkah. Ok sudah-sudahlah merapu. Gua nak reveal blog-blog yang gua follow secara rapat cucuk angin. Kalau bawak kereta main cucuk-cucuk angin memang goyang kalau tak biasa. Kalau dah biasa, jadi macam member gua, patah tiang pillar A sebab terlebih tekan minyak time mencucuk angin seekor lori. Bodoh ke ape ko cucuk lori? Kan baik ko cucuk satay boleh makan. Merapu lagi. Ok sekarang gua nak listkan blog-blog yang gua baca hari-hari tanpa jemu.




 1) Ahkak nowa meletop
Blok ahkak geli ni memang no.1 la dalam list gua untuk bahan bacaan harian gua. Habis semua entry daripada yang terlatest sampai la yang lama-lama habis gua baca. Sampai gua kenal la luar dalam ahkah geli ni. Eh takde la luar dalam. Luar je la. Kene pelangkung lak gua dengan laki die kang. Gua baca blog beliau daripada sebelum beliau glemer lagi. Beliau kan glemer sekarang sebab surat yang di hantar ke TV3 tu. Ah malas gua nak cerita pasal tu sebab semua orang dah tau kan. Selain itu, cerita yang di garap (haihh digarap tuu) dalam blog beliau ni membuatkan gua gelak sorang-sorang kat opis ni. Selalu opismate gua tegur, “kau apehal gelak sorang-sorang? Lupa makan ubat?” damn you. Ape-ape pun kepada ahkak geli, teruskan berkarya. Gua akan setia membaca blog ahkak yang gojes nih.

Ini pun salah satu blog yang gua baca hari-hari. Jalan cerita beliau yang simple dan senang faham di samping ayat-ayat yang lucu selalu membuatkan buah pinggang gua berpindah randah sebab gelak guling-guling. Memang best. Walaupun gua tak menyokong Liverpool sama sekali, tapi gua menyokong bro ijai dalam karya beliau. Sesungguhnya gua ingin menjadi seorang yang seperti beliau. Kerja bagus dan awek cantik adalah pakej terbaik bro. kipidap!!
Ok to be honest, gua baru je baca blog ni akhir-akhir ni. Sampai sekarang gua masih curious ape itu jomblo. “Jom Blow” mungkin. Kehkeh. First time baca, gua tertarik dengan cara penyampaian beliau dalam mengetengahkan intipati yang beliau ingin sampaikan. Emosi dan penceritaan membuatkan gua ingin mengenali beliau dengan lebih dekat lagi. Semoga saudari perempuan jomblo ketemu dengan kekasih hati yang baru dan lebih bagus. Dan jangan berhenti berkarya sebab ingatlah gua sentiasa rajin membaca blog saudari.






3)  Blog di tempat kejadian "ondscene" 
Blog brader ni memang unik. Setiap hari beliau akan update cerita tentang kemalangan. Yang gua hairan tu, macam mane beliau boleh ade di tempat kejadian yang mana beliau dapat tangkap gambar semasa kejadian tu baru lagi berlaku. Kita pun selalu jugak kan terserempak dengan kemalangan. Tapi berapa kali lu orang semua terserempak dengan kemalangan yang baru jadi. Contohnya kemalangan maut yang mayatnya masih meleleh darah. Polis pun belum sempat sampai. Orang ramai pun belum sempat tutup. Memang gua salute la brader. Lagi satu effort saudara yang membantu mangsa-mangsa kemalangan ni memang gua kasik tabik spring la skali. Gud job bro.



Ok itu antara blog-blog yang gua mesti baca tiap-tiap hari. Tak tau kenapa. Gua ni stalker ke? Tak lah. Gua ni peminat senyap je. Kepada blogger-blogger yang takde dalam list ni jangan bersedih sebab kalau gua nak letak semua  lu orang muntah pulak nak baca blog gua nanti. Teruskan berkarya kerana gua sangat suka membaca. Tinggalkan komen dan link. Pasti gua menjenguk blog lu orang. Akhir kata, majulah perut untuk kebahagiaan rumah tangga.

Haihhhh!!

20.6.11

antara sebab-sebab gua lama tak berblogging

Agak lama jugak gua menyepikan diri dari dunia blogging ni. Sebenarnya gua cuma berhenti update je. Tapi gua still baca lagi entry-entry kawan-kawan semua. Dan ade beberapa blog yang gua follow secara rapat cucuk angin. Semua entry diorang gua baca. Tapi akan gua reveal kemudian blog-blog pujaan gua tu. Sekarang ni gua nak cerita sebab ape gua berhenti update. Gua senaraikan antara sebab-sebabnya.


1) Kelahiran Anak Pertama Gua
Sepatutnya kalau dah ade anak ni lagi rajin la update blog kan. Buat entry pasal anak. Idea tak usah cerita la, kepala hotak ni memang susah nak tampung kedatangan idea-idea yang datang tak kira masa. Tengok macam blogger lain, hari-hari update masuk gambar anak. Tapi entah kenapa gua jadi macam malas pulak nak update. Tapi sekarang jari gua dah rajin kembali untuk menaip laju-laju. So, lu orang semua tunggulah kemunculan entry-entry yang akan membuatkan lu orang muak menonton wajah-wajah gembira anak gua dari kecil sampai sekarang. Oh, sekarang pun masih kecil. Baru 5 bulan. Nantilah, tunggu ye.


2) Keletihan kepenatan dan kesuntukan.
Sape yang tau, tau lah. Sape yang tak tau, gua bagitau ye. Gua sekarang keje jauh. Duduk lak jauh. Keluar gelap balik gelap kulit gelap. Bila masa gua nak update blog. Nak update status kat FB pon seminggu sekali. Tak caya lu add FB gua. Haha.


3) Beberapa Blogger Yang Membuatkan Gua Panas Hati
Sebenarnya tak ade kene mengena dengan gua pun. Jeles pun bukan. Apatah lagi dengki. Tak terlintas langsung dalam hati gua yang suci muci ni. Tapi yang buat gua panas hati, ade seorang blogger senior ni kutuk cara gua menggunakan bahasa dalam menceritakan apa yang gua nak cerita. Ok, mungkin dia tak kutuk gua secara direct, tapi sebagai seorang yang menggunakan bahasa yang agak kasar kot (pada dia), gua terasa jugak la. Lagi satu, beliau ni jenis update blog satu jam sekali. Memang gua salute la kalau entry dia tu ade isi. Tapi kebanyakkannya, hampeh. Setakat nak update je. Dapat 5-6 baris pastu guna tajuk macam orang gersang, letak gambar muncung dan peace di bibir, memang la traffic mencanak. Tapi ape guna kuantiti kalau tak ada kualiti? Mungkin beliau anggap blog beliau ni sumber utama pendapatan beliau. Sebab tu jadi macam tu. Mesti lu orang kata gua dengki kan..Kata lah..gua dah lali.


Tu la antara sebab-sebab gua lama tak update. Ini pon belum tentu berterusan. Mungkin gua akan stop lagi lepas ni. Mungkin tidak? Biarlah masa yang tentukan. So, kepada kawan-kawan semua, teruslah berblogging. Walaupun gua stop updating, tapi gua tak stop mambaca. *sigh*

17.6.11

sapu laman jap..

asslamualaikum..


lama betul gua tak jenguk blog nih.sape ade penyapu? nak sapu jap.tahi lipas tahi tikus bersepah-sepah.ni tulang tikus pon ade ni.sape makan tikus buang tulang kat sini? haihhh..


p/s: banyak sebab gua berhenti sekejap berblog.panjang ceritanya.ermmm..